DARLINGS

Thursday, April 5, 2012

zaman percintaan sekolah rendah

Assalammualaikum.
Zaman percintaan sekolah rendah.
Eh. Kita minta maaf la.. kita bukan sengaja nak berlagak hot nak buat entry pasal ini tapi kita cuma nak berkongsi dan bermanja dengan korang semua. Eh. Silalah jangan menyampah okay =.='
Zaman sekolah dulu kita dah kenal apa tuh cinta. Tapi tuh cuma cinta monyet dan cinta hingusan. Bila di ingat balik kita tersenyum sendirian dan dianggap tidak siuman kepada sesiapa yang melihatnya. Oh =.='

Cinta monyet kita sangat kelakar dan not ohsem. Sekolah rendah dulu kita tak dibenarkan pakai handset lagi, So, Kita gunakan surat menyurat sebagai alat pengganti SMS. Dipendekkan cerita. Kita  dapat satu surat, surat dari lelaki, kita kenal siapa budak lelaki tuh. Tapi malang tidak berbau, Surat kita dirampas oleh ustaz sebelum sempat nak baca.

Masa tuh jugak, kita dan kawan kita, si lelaki dan kawan kawannya di panggil oleh ustaz. Kita rasa macam nak nangis. Dah pun ustaz tuh kawan abah kita. Kita tengok mata ustaz tuh dan ustaz tuh tengok kita. Kita tunduk sebab takut. Lepastuh ustaz gelak dan dan baca surat yang si lelaki bagi kepada kita.Rupa-rupanya si lelaki tuh nak cakap yang dia suka dengan kita dan ambil kita jadi gf. Kita mula-mula tanak mengaku surat tuh untuk kita tapi surat tuh ada nama kita. haih. Menyusahkan kita betul la =.='

Akhirnya, si budak lelaki tuh pun mengaku dan kita pun didenda sekali. Kita nak nangis masa tuh la. Kita tak salah apa pun. Tapi ustaz tuh serius garang. Sampai sekarang wajahnya masih terbayang-bayang di fikiran kita. Oh. zapppp! haa. Hambek kau. Kita kena rotan 2 kali :'(.
sakit la.. kita kena rotan kat bawah lutut. Sungguh kejam ustaz tuh merotan kita sedemikian rupa. Kita kan masih budak, kesian kita. Kita nangis tapi ustaz tuh tak kasihan pun dengan kita. Tapi bukan kita seorang jea. kawan2 perempuan kita pun kena jugak dan kami menangis bersama-sama. Kita nangis-nangis balik rumah. Kita peluk mama, mama tanya kenapa. Kita cakap kita kena rotan ustaz. Mama tanya kenapa kena rotan. Kita bagitau sebab ada orang bagi surat cinta dengan kita. Mama gelak dan sapukan ubat tempat kita kena rotan tadi. Lpeastuh kita tertidur. Dan esoknya kita ambil cuti sekolah 2 hari tanda mogok. Eh. Tipuuu.. ngee, kita cuti dua hari sebab kita tak boleh jalan.

Lepas kejadian tuh, kita masih lagi sembang sembang dengan budak lelaki tuh dan kitorang berjanji takkan buat apa-apa surat lagi. Insaf =.='

Eh, tiba-tiba kita teringat dengan si budak lelaki tuh dan ustaz kita yang sangat garang macam harimau. Adakah si budak lelaki itu sudah berkahwin? dan adakah ustaz itu sudah kurus ?adakah perut dia x boroi mcm dulu? hidupkah ustaz tuh lagi? Eh, jahatnyaa kita. huu. oh. okay. Semoga terhibur. Kbai ! :)

Next : zaman percintaan sekolah menengah :)

Tuesday, April 3, 2012

DREAM

ihsan Google


Assalammualailum :)
orang kata, bukan semua kita impikan akan jadi kenyataan kan ..
Dulu kita idamkan nak jadi jururawat. Dari kecil lagi minat untuk jadi jururawat tuh dah ada.
sebab mama selalu bilkan patung barbie dan alatan -alatan perubatan.
lepastuh kita make over patung barbie kita jadi nurse yang seksi.
haha :p
lepastuh dah tadika pun kita masih lagi bercita-cita nak jadi nurse sampaikan bila ada kawan kita sakit kat sekolah, kita nak tolong dia.. Actually tolong menyibuk sebenarnya. eh =.='
sebab cikgu kata kita masih kecil lagi taktau apa-apa.

lepastuh hinggakan ke sekolah rendah kita masih terbawa-bawa nak jadi nurse. Ntah kenapa bila tengok nurse kita rasa suka sangat. Satu hari tuh pihak sekolah ada buat injection BCG kot kalau tak silap. Kita pun excited giler la. Nak jadi orang pertama nak kena injection konon. Tapi kita nangis sebab kita takut tengok jarum. Kita pun berlari masuk tandas sebab tanak kena jarum. haha. Dalam hati nak jadi nurse konon.. pirahhh :'(. ok fine! niat di hati nak jadi nurse tetap ada *bermonolog sendirian*

Sampai ke sekolah menengah masa tuh tahun 2006 pun kita masih lagi bercita-cita nak jadi nurse. Tapi kita masuk kelas ekonomi plak. Kita jadi sedih. Dipendekkan cerita, lepas keputusan SPM kita terus apply SPA memandangkan keputusan subjek sains kita dalam SPM agak cemerlang. Eceh, bajet nak orang puji kot.

Alhamdulillah, apa yang kita impikan hampir-hampir jadi kenyataan. Kita dapat tawaran temuduga jururawat gred U29. Kita rasa macam cita-cita kita akan jadi kenyataan. Dipendekkan cerita lagi, tibanya hari temuduga tuh, kita dengan berpakaian serba pink melangkah ke bilik temuduga dengan rasa gugup. Hell yeah!. Tapi kita rasa nak tampar diri kita sendiri sebab semuanya serba tak kena masa tuh. Penemuduga tuh soal lain kita jawab lain pulak. Contohnya. Dia tanya mana jantung dan kita tunjuk buah pinggang plak. Haih =.='. Memang tak ohsem la. Kita rasa maluuuu. Lepastuh, that time jugak penemuduga tuh cakap kita masih muda lagi nak jadi nurse. Kita sedih. Padan muka kau lydia, confident sangat nak jadi nurse. *Bermonolog sendirian lagi*

Dan dari itu kita sedar bukan semua yang kita nak akan dapat. Kalau boleh kita nak sangat jadi nurse, tapi kita dapat kerja yang totally tak pernah diimpikan. Tapi kita tumpang gembira dengan kakak kita kerana dua dua telah berjaya menjadi nurse yang macam kita impikan. Kawan-kawan kita pun banyak yang jadi nurse. Kita tumpang gembira. Tau. Tau :'(

"Dreams are like stars...you may never touch them, but if you follow them they will lead you to your destiny."

Wednesday, March 28, 2012

reviwe product: maybelline clear smooth all in one shine free cake powder


BENEFIT:
All day shine control
Uv protection
fairer skin
Conceal
Long wear
Smoothes
Evens
Non Comedogenic
Gentle skin

IN NUDE BEIGE

Oh. This is my fav! very smooth la.. tripple ohsem. love it.
harga dalam RM 19.90 bli kat watson or guardian.
try la.. x rugi and repurchase !

 





























 

kau ingat kau bagus ke?

Assalammualaikum.
Eh. Kita suka sangat kerja tp bila semua kerja kita tak dihargai..
kita da penat buat kerja tapi orang lain yang dihargai..
Dia juga la yang dapat nama biarpun kerja tuh sama-sama buat..
biarpun kita yang buat kerja tuh bos tetap akan nampk dia yang buat kerja..
this is totally not ohsem :(
Dia ingat dia bagus sangat ke buat kerja?

kita minta maaflah.
kita x berniat nak mengadu kat blog ni..
tapi kita rasa sakit hati sangat! sakit hati yang tiada penawarnya. oh.
dia bru je masuk tapi masuk masuk  dia terus nak cucuk cucuk bos dan tunjukkan yang sangat pndai buat kerja dan semua kerja dia yang buat.
higgakan bagi bos kita dah tak penting.
Kita x kisah sebab tiap tiap bulan gaji kita masuk tapi kita rasa x sedap la bila org datang dan tengok kita macam takde kerja nak buat padahal kerja kita semua dirampas oleh dia.

Kita rasa macam kita makan gaji buta. sedihnya bagai ditusuk sembilu. Sob sob T_T

Kita da cukup jaga penampilan bos. Kita buatkan dia minit mesyuarat. Bila bos takde kita ambilkan pesanan untuk dia. Kita remindkan dia meeting. Kita tempahkan bilik mesyuarat bila nak buat mesyuarat. Kita tempahkan dia kenderaan kalau dia ada meeting luar. Kita Buatkan dia surat. Kita sayang bos kita. Tapi kenapa dia tak pernah nampak semua tuh. Kenapa bos nampak dia je yang buat semua kerja. kenapa?

Sebab itula kita tak suka kerja kita. Kita bukan x bersyukur tapi kita memang x sesuai kerja macam ni. Kita tak pndai nak bodek bos. Kita tak pndai nak cucuk dia. Kita ikhlas buat kerja kita. Kita sedih la macam ni :(
semoga DIA sedar dan buat kerja dengan ikhlas.

kita pasrah :'(

Thursday, March 22, 2012

~Lawak di petang hari~

Lawak 1.

Setelah sekian lama berada di perantauan, akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya..
Nenek : 'Rahmat, nenek da tak sekuat dulu, nenek minta kamu sambung usahakan ladang nenek...'

Rahmat : 'Jangan la cakap macamtuh nek...'(dalam hati tak sia-sia aku balik kampung, dapat pula merasa harta pusaka nenek)

Nenek : 'Segala ternakan, ladang, villa, traktor.. semuanya untuk kamu. Tolong jaga baik2 ya, siram baik2 tanamana nenek tuh !...'

Rahmat : 'Baik nek,nenek jangan bimbant tentang hal tuh, tapi dekat mana ladang nenek tuh? selama ni Rahmat x pernah tau pun nenek ada ladang?

Nenek : ' Di Facebook nenek, Farmville.. nanti nenek bagi  tau passwordnya...

Rahmat : (Dalam hati...**&%%%#@)



Lawak 2

Suatu hari Pak Pandir pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari-cari, Pak Pandir terjumpa sebuah cermin. Cermin itu kemudiannya di simpan tanpa pengetahuan isterinya.
Setiap hari sebelum keluar mencari makanan, Pak Pandir akan masuk ke bilik untuk meliaht cerminnya. Sehinggalah pada suatu hari, c Mak Andih pelik melihat kelakuan pak pandir. Maka Mak Andi siasat la bilik yang dimasuki oleh Pak Pandir oleh kerana takut kalau suaminya mempunyai perempuan lain.
Opocot!  Punya lah terkejut beruk Mak Andih sebaik ternamapak cermin suaminya. Pertama kali melihat cermin, mak andih menyangka yang perempuan dalam cermin itu adalah perempuan simpanan kepada Pak Pandir.
Apalagi, meraung2 la Mak Andih, Lantas perkhabaran itu dikhabarkan kepada ibu Mak Andih iaitu Tok Andih.
Jemgx2, Tok Andih pun masuk kebilik untuk melihat perempuan simpanan Pak Pamdir seperti yang di khabarkan Mak Andih.
Tidak lama kemudian, Tok Andih pun keluar dengan disusuli ketawa terbahak2..


Mak Andih : 'Apesal plak mak ketawa?'

Tok Andih : 'Apa teruk bebenor selera suami engkau tuh. Kalau yepun nak kahwin lain, carilah perempuan yang elok sikit. Ini tak, Aku tengok perempuan tuh dah la tua, berkerepot plak tuh..'

Padahal Tok Andih melihat diri dia sendiri depan cermin tuh.. heh :p

Lawak 3

Edi baru sahaja berkahwin dengan Mila.
Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat dalam bilik selepas keletihan mengemas rumah, dan segala macam benda lagi.
Sambil berehat di dalam bilik, mereka memakan burger yang di pesab daripada Mc Donald.
Emak Edi yang sememangnya suka menyibuk memasang telinga dari pintu bilik Edy dan Mila.

Mila : 'Bang.. da dipicit2 ni.. tak keluar pun'

Edy : 'Lambat sangat la tuh nak kuar, lubangnya kecik sangat'

Mila : 'Alah, lambatnya.. x sabar la ni bang,saya potong jea la hujungnya, bagi besar sikit lubang sikit.. boleh ke bang?'

Tiba-tiba Mak Rahmat meluru masuk bilik anaknya dan berteriak.....

Mak : jangan!!!! jangan gunting anu anak aku..!!!!


edy dan mila : *&&%%%%$.... npe ni mak? nak potong sos cili paket ni x boleh ke???


ohsem ke x ohsem??
semoga dapat menyegarkan diri anda dari kemengantukan.. ahakss :p


Wednesday, March 21, 2012

~tips membeli kereta terpakai~



 ola!
kadang2 tuh kalau kita pndai cari kita akan dapat kereta secondhand yang nmpk baru dan kualiti amat2 lah ohsem!
so, kat sni aku nak share dengan korang semua tips membeli kereta secondhand. *terlebih excited :p*

1. SEMAK REKOD KENDERAAN
to make sure kereta yang kita nak beli tuh terhindar daripada jenayah make sure kita semak dahulu rekod kenderaan terpakai yang kita nak beli tuh di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar kita tidak terlibat2 dalam apa2 sebarang jenayah.

2. MINTA PANDANGAN YANG LEBIH ARIF
sebelum membeli kereta terpakai tuh, minta pandangan yang lebih arif tentang kereta terpakai seperti mekanik atau kawan2 yang pernah membeli kereta terpakai sebelum ini. Minta mekanik untuk memeriksa bahagian dalaman kereta yang hendak dibeli bagi memastikan kita tidak menanggung kerugian besar kerana ketidaksempurnaan pembaikannya. Totally not ohsem =.='

3. SELIDIK PENJUAL/AGEN YANG MENJUAL KERETA TERPAKAI
Sesetengan penjual yamg mata duitan ataupun yang bermulut manis akan cuba mengaburi mata membeli untuk menjual kereta terpalai yang rosak tanpa kamu sedari. Jika kamu membeli daripada daripada ejen, periksa pengedarannya dengan pihak yang bertanggungjawab seperti biro perniagaan. Tapi, jika membeli daripada si pemilik kereta itu sendiri, pastikan butir peribadinya seiring dengan maklumat yang terdapat pada geran kenderaan tersebut.

4. SELIDIK KONDISI KERETA TERPAKAI ITU
Dalam proses jual beli, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan kecantikan luar kereta itu. Sebaliknya siasat dahulu latar belakang kenderaan itu sama ada pernah terlibat dengan kemalangan sebelum ini. Jika anda dapati pernah mengalami kemalangan, dapatkan butiran tahap kerosakan beserta rekod penyelanggaraan  juga agar dapat membandingkan kecekapan kenderaan tersebut dengan harga yang ditawarkan.

5. KESAN SEBARANG CELA
Pastikan kereta terpakai yang hendak dibeli diselenggarakan dengan lebih baik termsuklah memastikan kesepadanan nombor  VIN (VEHICLE IDENTIFICATION NUMBER) pada nama kenderaan, dashboard, panel pintu pemandu dan hud kenderaan.
Teliti sebarang ketidaksepadanan  lapisan cat pada bahagian luar dan dalam kenderaan seperti pada bahagian pntu.
Pastikan nombor yang tertera pada casis dan enjin sama dengan nombor pada dokumen  kereta asal termasuklah nombor pendaftaran sekali.

Ohsem ke x ohsem ??
semoga ianya sangat berguna kepada anda ! :)

Monday, March 5, 2012

~resipi: maggy goreng simple~


 ola!
da bosan asyik makan maggy jea?
x pyh bli mee sedap goreng tuh kalau nak makan mee goreng..
maggi kari tuh pun korang boleh goreng jgak..
nyum2 sedap tau :)
apa yang korang perlukan ialah.. cepat2 ambil kertas dan pen.. jot down okayy.. hehe :p

maggi kari/asam laksa/tom ya
bawang putih
bawang merah
telur
sosej
sayur kobis atau apa2 jea sayur yang bersesuaian
seasoning (optional)
sos tiram (optional)

cara2nya :
rebus maggi dan toskan. lepas rebus tuh cuci dengan air paip supaya maggi tuh x melekat bila di goreng. tepikan.
tumis bawang merah den bawang putih
masukkan sosej,telur, sayur, sedikit seasoning, sedikit sos tiram
masukkan maggi yang telah dierbus td
dan akhir sekali masukkan perencah maggi yang  disertakan sekali bersama maggy tuh.
so, siap ! 

selamat mencuba, pasti suami akan tersenyum bahagia, tp kalau x kahwin lagi.. makan la sorang sambil menitis air mata. eh =.=". 

Friday, February 17, 2012

~tips terbaik untuk maskara~


1.untuk menghasilkan bulu mata yang panjang dan lentik, u all perlu apply maskara tuh bermula dari akar bulu mata, bukannya dari pertengahan. tekan dan biar seketika berus maskara di akar bulu mata dan kemudia heret sepanjang bulu mata.

2.teknik zig zag adalah bertujuan  untuk menceraikan bulu mata you all  untuk hasil yang lebih menarik.

3.JANGAN SESEKALI MENCUBA TESTER MASKARA DI KEDAI KOSMETIK. ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria  kerana telah di gunakan oleh ramai orang. kalau koorang nak tau mcm maskara tuh elok ke tak, tengok kepada sesikat, jenama, fiber dan dakwatnya.

4.selepas mengenakan maskara dan maskara itu kelihatan bergumpal, jangan risau.. korang boleh menghilangkan gumpalan tuh dengan TISU. caranya, selepas apply maskara, bersihkan berus maskara sengan tisu.

5.jangan takut untuk mengenakan lebih dari 1 maskara! wow! ini kerana setiap maskara mempunyai fungsi yang berbeza. mungkin sahaja kamu boleh mencuba maskara yang melebatkan bulu mata dan selepas itu mencuba maskara yang yang melentikkan bulu mata. pasti bulu mata korang akan sama hebat seperti Rozita Che wan. oh.

6.untuk tips penyapuan maskara bulu mata bawa, lapikkan tisu di bawah mata untuk mengelakkan dakwat maskara tercalit di muka anda, mcm mana nak letakkan tisu? heh. fikir la sendiri :p

so, rasanya tuh jea kot.. selamat mencuba :) tp untuk cara yang paling senang.. lekatkan jea fake lashes pada mu. nah, pasti anda akan kelihatan lebih yakin !

selamat berhujung minggu :)

Wednesday, February 15, 2012

~cinta itu buta? yes :)~

happy lunch you ollls ~
hihu, arini kita akan bercakap pasal soal cinta sebab saya suka cakap pasal cinta, cakap pasal cinta hati saya akan berbunga2 seperti berada dalam alunan ombak rindu dan... okay! stop nonsense lydia.. haha :p

perghh! semartt gila ayat aku kan? kalau aaron aziz baca msti confirm dia  cair.. oh. maafkan la kalau muntah anda semua keluar warna hijau  =_=

about entry kat atas tuh, nak cakap pasal cinta.. yes! that is the truth. cinta itu sangat2 la buta, ada orang cakap yang cantik akan bertemu dengan orang yang hensem, dan yang kurang cantik akan bertemu dengan dengan orang yang kurang hensem? eh. sapa cakap semua ni, lempang nak?? (padahal diri sendiri yang cakap.. meh lempang dia beramai2 :p)
semua tuh salah sebenarnya.. bukan fakta dan juga bukan auta tp jodoh, (pandai2 sendiri jea ) kalau perempuan tuh cantik mcm bidadari pun kalau dia da suka dengan lelaki yang agak kurang hensem dia tetap akan suka tak kira fizikal lelaki tuh mcm mana.. that is the true love. bukannya lelaki yang memandang wanita dari segi rupa dan harta benda, sebaliknya begitu juga wanita. ini betul2 fakta.. untuk mengekalkan hubungan percintaan sampai ke akhir hayat kita x boleh mencari pasangan yang setaraf dengan kita.. contohnya cantik dengan kacak. NO! itu salah sebenarnya.. kalau wanita, pilih la yang bersederhana yang sedap mata memandang begitu juga lelaki. ada juga yang kacak bertemu yang cantik tapi itu semua kan jodoh. Allah will decided what is the best for us.

ihsan google
ihsan google
ihsan google
ihsan google
p/s (sila minta izin mak ayah dulu sebelum melihat gambar ini. gambar ini agak 13sx.. haha :p)


hah! ini la yang di nama kan cinta itu buta! bukan rupa fizikal menjadi pilihan, tapi hati (eh, ntah2 lelaki2 ni banyak duit kot) eceh. teserlah kemeterealistik kau lydia, eh. *rolling eyes*
'If what you see by the eye doesn’t please you, then close your eyes, and see from the heart. Because the heart can see beauty and love more than the eyes can ever wonder.'
till then,








Wednesday, February 8, 2012

~wordless wednesday~

In life we do things, some we wish we had never done. Some we wish we could replay a million times in our heads. But they all make us who we are and in the end, shape every detail about us. If we were to reverse any of them, we wouldn’t be the person we are. So just live, make mistakes, have wonderful memories, but never second guess who you are, where you have been, and most importantly where it is you are going.

~berus make up dan cara penggunaanya~

ola ! dan assalammualaikum :)
today aku nak share jenis dan cara penggunaan berus make up..
jom terjah (ala2 gaya nas ahmad yang berambut pendek.. hekhek :p)

 sumber from google

1.foundation brush.

brush ini adalah khas untuk fondation sahaja.. untuk mendapatkan hasil foundation yang kemas dan rata, seelok2 nye gunakan la foundation brush, caranya amat mudah.. picitkan sedikit foundation ke atas punggung tangan.. punggung tangan? eh, yelakot :p then baru applykan dekat wajah. Mengapa pada punggung tangan? bila kita apply foundation tuh atas punggung tangan kita, ia sekaligus menyebatikan foundation tersebut dengan suhu tubuh kita. dan ketika da sebati  dengan suhu badan, foundation akan lebih mudah untuk diaplikasikan pada wajah, dan menyerap lebih mudah. berus2 ni kat kat mana2 ada jual, paling murah pun rm 10.00m tp berhati2 la ketika memilih ya :)


sumber from google


2.Flat Stiff Brush
Berus ini sangat sesuai untuk pemakaian eyeshadow  pada kelopak mata anda. brush ni lebih keras bulunya dan  ia akan mengambil lebih banyak amaun warna eyeshadow yang dipilih. 
 sumber from google



3.Stiff Dome Brush
 Berus ini adalah sesuai digunakan untuk blending eyeshadow  x kisah la la eyeshadow jenis matte/wet/shimmer. Paling penting ia sangat sesuai untuk mendapatkan bentuk smokey eyes yang sempurna. brush ini juga digunakan untuk membuat shading pada hidung ataupun pada tulang pipi.

  sumber from google



4.Soft Dome Brush
Oleh kerana bulu brush ini  yang lembut, ia amat sesuai digunakan untuk blending dan memberikan kesan yang natural antara bahagian Crease dan eyelid anda. Ia juga sesuai digunakan untuk blending concealer di bahagian bawah mata.



 
sumber from google

5.Pencil Brush
Berus ini sangat sesuai untuk blending garisan kasar sewaktu menggunakan eye liner terutama yang berbentuk liquid agar kesan eye liner tuh tampak lebih jelas.  Ia juga sesuai untuk menghasilkan bentuk v dibahagian Outer Lid.  


sumber from google

6. eyebrow brush
 brush ini sesuai digunakan untuk membentuk kening kita, 4 girls yang risau kening x cantik sebab x cukur.. jagan risau, ada penyelesaianya.. iaitu dengan menggunakan eyebrow brush disusuli degan eyebrow pencil, oh. ntila kalau aku da pndao rakam video sendiri, aku akan tunjukkan mcm mana nak membentuk kening kita tanpa mencukur. maafkan aku kerana buta IT  =_="
 

well, i think.. ini sahaja basic brush yang perlu kita tahu, sebenarnya ada banyak lagi tp by now.. cukupla ini dlu ya.. yang lebih advance wait 4 da next entry okay. Dont worry be happy. eceh :)

currently.. i use this.. arituh beli kat tempat kak sheira, mmg murah giler.. so, kalau anda memamg minat sangat2 pasal make up ni.. jangan takut2 untuk beli ya, jangan ragu pada sesuatu yang kita minat.. okay! katakan la kalau aku terlalu memaksa ya =.='.


eh, sebelum tuh.. amboi, panjang sangat kau tulis ni lydia.. orang x larat nak baca. ngee. okay2.. sebelum daku pergi membawa diri (over sangat kau ni) :p
make sure you all cuci berus2 sebulan 2 atau 3 kali, kalau tidak, kuman akan bersorak keriangan di seluruh wajah dan muka akan terus berterusan berjerawat.. eee.. kamu mahu ka?
bagaimana nak cuci?
letakkan sedikit air panas/suam dalam sebuah bekas dan tuang sedikit baby oil/ minyak zaitun ke dalam bekas itu.. then, celupkan berus2 tersebut sampai kotoran2 pada berus tuh smpai tanggal dan keringkan.. padan la muka kau kuman. tamat la riwayat kau di sana. haha ( gelak jahat).


sekian sahaja perkongsian kita. terima kasih dan sila baca lagi kalau sudi (sambil buat muka comel.. ahakss)
bye :)

Tuesday, February 7, 2012

~oh no!!! i'm not lesbi okay =_='~

aku : hey you! thanks 4 da add syg :)

girl :ok.. sama2 kasih :)

aku : kamu ni sangat cantik la, suka sangat tengok.. meh nak hug sikit (dengan nada gurauan)

girl : hey! kamu ni lesbian ke apa??

aku : ??? belum sempat nak bg penjelasan, da offline .
tidaaak!!! arghhhh!!!!!


sampi hati cakap aku lesbian, ello! x boleh ke nak bezakan serius ataupun gurauan, cisss! to be honestly.. ya,   mmg aku suka sangat tengok perempuan2 yang cantik, not mean that i lesbian, tp itu one of my inspiration to became like them. i love being beauty even that i am not. kepada yang aku panggil2 sayang, darling, mmuah mmuah tuh maafkan la ya.. i am not lesbian okay =.=
i am normal like the others.. i have my own boyfie and he is a  man.. lepas ni nak merajuk lama2 la, pnggl orang pun kau aku, xde lagi sayang2, darling2.. nti semua perempuan takut nak kawan dengan aku.. pathetic me :(

Saturday, January 28, 2012

~TGI FRIDAYS! sumpah tanak pergi lagi =.='~

ola! assalammuaikum :)
hari ni aku nak buat entry pasai tgi fridays..
wuhuu, nak bgtau dengan korang semua before nak makan g tempat tuh, think twice okay, and make sure kat purse atau dompet bawa dwet rm 200 above because makanan katsana  very expensive u know and makanan dia xdela sedap sangat, huu.. better makan dekat black canyon jea =.='

hari jumaat tuh.. me and geng ofis pergila try makan tgi friday dekat alamanda tuh, and then tgk menu.. YA allah, sangat la mahal.. semua makanan price dari rm 20.  istigfar banyak2..


this is my order.. price 20.90.. wuhuu, burgerr sahaja pun da 20 lebih.. rasa dia sama jea dengan rasa burger dekat burger king..menyesalnya..


ni makanan yang kak syura order.. fish and chips, harga dia rm 30.90.. sedap tp sangat mahal :(


ini daging stick yang kak shery dan Puan rozi order, the price? guess what?? rm 59.00, wuhuu.. not reasonable at all.. dah la xde isi, tulang jea yang besar.. mahal lagi tuh, penyesalan yg tiada guna..



ini pasta yang kak nad order.. harga dia 25.90. huu, trebayang spagheti bolognese kat pizza hut, nak di bandingkan, dekat pizza hut tuh lagi sedap.


ini kopi yg kak syura order..cawannya kecil sangat. cuma rm 5.90. munuman yang paling murah. taste? yuckss! mcm rasa arang yang kena rebus.. lansung xde gula.. da tau cawan kecil x yah la letak 2 sudu kopi, letak sikit sudahla. eh, macam tau jea dia buat mcm tuh, ngehehe.. me, kak nad, puan rozi dengan kak shery masing pilih jus, harga jus each one rm 9.00..waaa ! abes dwet aku.


selepas makan, wait 4 da bill.. semua sekali, campur dessert rm 200 +++, repurchase?? haha, not at all.. abes semua poket rabak, kesian kak shery dengan puan rozi, niat di hati nak belanja mereka tp mereka pula yang kena tambah sebab dwet kami bertiga x cukup. maluuunya. patut la banyak org putih dan org cina jea yg makan dekat sana = ="

so, nasihat kepada semua org, fikir dlu sebelum nk pergi,dan kepada yang mampu pun, fikir dahulu, mmg la dwet banyak, tp sanggupka anda nak menghabiskan dwet sebanyak rm 200 or rm 300 untuk semua ini padahal boleh mendapatkan yang lebih murah dan rasa yang sama kat tempat2 lain seperti nando's, secret recipi dll. huu, for us, ini kali pertama dan terakhir kitorang pergi.. kalau pergi pun, tunngu org nak belanja jea..eh. ada ke?? hihu, happy holiday :)

Thursday, January 19, 2012

~tips agar make up tahan lama ~

hola ! assalammualaikum :)
Jom! sharing is caring guys ! heh.


caranya:
Setelah apply foundation, serap dengan kertas minyak hingga lapisan meresap. ditekan-tekankan ke wajah supaya foundation tak hilang. and then apply la bedak mcm biasa :).
Tips:
Menggunakan foundation dalam bentuk padat (compact foundation atau two way cake) adalah pilihan utama  kerana lebih tahan lama. erm, actualy sama ja yg pntngnya foundation. heh.

2. Eyeshadow.
Caranya:
Untuk menjadikan eyeshadow x pudar, sebelum mengenakan eyeshadow gunakan eye primer untuk buat make up lebih tahan tp kalau tidak ada apply dengan a little bit of foundation.
Tips:
Pilih foundation yang tidak mengandung minyak (oil free).

3. Eyeliner
Caranya:
Sesudah menggunakan eyeliner (baik cair maupun yg pensil) di garis kelopak mata, bubuhkanlah sedikit bedak tabur transparent. Caranya celup sedikit bedak tabur atas berus make up yg kecil  dan sapukan di sepanjang eyeliner yang sudah dilukis di garis kelopak mata.
Tips:
Jika ingin cara yang lebih tahan, pilih eyeliner waterproof sehingga tidak mudah luntur oleh peluh :).

4. Maskara
Caranya:
Sesudah membubuh maskara di bulu mata, bubuhkan bedak tabur diatasnya. Selain membuat  agar maskara tidak mudah luntur cara ini juga membuat bulu mata lebih tebal. hihu.
Tips:
Pilih formula tahan air (waterproof) agar tidak mudah luntur :)

5. Blusher
Caranya:
Menggunakan blusher dalam dua tekstur yang beebeza adalah jawabannya. Pertama gunakan dulu blusher  dalam bentuk krim, kemudia barula apply dengan blusher biasa. Ia akan menyerap minyak dari blusher krim, dan in case kalau ketika blusher biasa mulai pudar masih ada lapisan bawahnya, iaitu blusher krim.
Tips:
Walau menggunakan dua blusher yang berbeza, pastikan keduanya sama warnanya ya.

6. Lipstik

Caranya:
Gunakan lipstik dalam bentuk pensil (lipliner) dahulu. Applykan di seluruh bentuk bibir dan bubuhkan di bibir. lepas tuh bubuhkan lipstik dalam warna yang sama dengan lipliner di bibir. Serap dengan kertas tisu, kemudian bubuhkan lisptik lagi.

7. Cat Kuku

Caranya:
Sebelum menggunakan cat kuku gunakan lapisan dasar (base coat) yang mampu melapisi kuku sehingga pigmen warna melekat sempurna. Menggunakan base coat juga melindungi kuku agar tidak mudah rapuh dan berubah warna. mcm kuku aku :(
Tips:
Sesudah mewarnai kuku celupkan dalam air suam selama beberapa detik agar kering atau mengeras. Bubuhkan lapisan atas (top coat) agar tidak mudah cacat atau mengelupas.

selamat mencuba.. saya da, anda bila lagi ?
(ceh.. mcm iklan suh daftar mengundi pulak... hakhak.. pengsan =.=)

Tuesday, January 17, 2012

~wordless wednesday~

A true man does not need to romance a different girl every night, a true man romances the same girl for the rest of her life.”

~jom kempiskan perut~

hola ! assalammualaikum :)
di harap kemunculan ini dapat memberikan seribu erti kepada anda semua..
eceh. pengsan lama2 =.=

huu, act lama hilang sebab berfikir idea apa nak tulis kat blog yang boleh org follow, orang berminat nak baca blog kita. heh. so.. for the first entry of my the year 2012 i want to write about senaman nak kempiskan perut.. aha aha :)
anda boleh cuba semua gaya because very the easy nak buat.
so, kita mulakan dengan step pertama.

 bicycle excercise.


Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.
Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti anda mengayuh pedal basikal.
Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat. Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.
Pastikan anda tidak tarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda. Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.
que muscle (pinggang)
SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI. HEH :p


Bangkit tubi kaki tegak (vertical leg crunch)



  Angkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang.
 Angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa
Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan.
psst : aww.. tgk la badan abag tuh berketul..kikiki.. kalau perempuan badan ketul2? erk :p 

 
Senaman Plank (plank exercise)

Teknik ini sangat bagus dalam memberikan ketahanan otot pada bahagian perut dan juga belakang. Buat aksi seperti anda melakukan tekan tubi dan kemudian letakkan tangan depan anda di atas lantai. Pastikan belakang anda tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai. Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.


Senaman Kecut Perut


Senaman ini adalah sangat senang untuk dilakukan.. hanya perlu statik kat tempat anda x pyh bergerak2. And then letak dua tangan anda atas perut. After that kembang kempiskan perut anda seberapa kali yang anda mahukan. Senaman mcm ni semua lapisan umut boleh try. Senang. cubalah. Anda mampu mengubahnya.. ahakss :)


sooo.. thats all.. sharing is caring guys. Kekal sihat 1 Malaysia. heh. :)