DARLINGS

Saturday, January 28, 2012

~TGI FRIDAYS! sumpah tanak pergi lagi =.='~

ola! assalammuaikum :)
hari ni aku nak buat entry pasai tgi fridays..
wuhuu, nak bgtau dengan korang semua before nak makan g tempat tuh, think twice okay, and make sure kat purse atau dompet bawa dwet rm 200 above because makanan katsana  very expensive u know and makanan dia xdela sedap sangat, huu.. better makan dekat black canyon jea =.='

hari jumaat tuh.. me and geng ofis pergila try makan tgi friday dekat alamanda tuh, and then tgk menu.. YA allah, sangat la mahal.. semua makanan price dari rm 20.  istigfar banyak2..


this is my order.. price 20.90.. wuhuu, burgerr sahaja pun da 20 lebih.. rasa dia sama jea dengan rasa burger dekat burger king..menyesalnya..


ni makanan yang kak syura order.. fish and chips, harga dia rm 30.90.. sedap tp sangat mahal :(


ini daging stick yang kak shery dan Puan rozi order, the price? guess what?? rm 59.00, wuhuu.. not reasonable at all.. dah la xde isi, tulang jea yang besar.. mahal lagi tuh, penyesalan yg tiada guna..



ini pasta yang kak nad order.. harga dia 25.90. huu, trebayang spagheti bolognese kat pizza hut, nak di bandingkan, dekat pizza hut tuh lagi sedap.


ini kopi yg kak syura order..cawannya kecil sangat. cuma rm 5.90. munuman yang paling murah. taste? yuckss! mcm rasa arang yang kena rebus.. lansung xde gula.. da tau cawan kecil x yah la letak 2 sudu kopi, letak sikit sudahla. eh, macam tau jea dia buat mcm tuh, ngehehe.. me, kak nad, puan rozi dengan kak shery masing pilih jus, harga jus each one rm 9.00..waaa ! abes dwet aku.


selepas makan, wait 4 da bill.. semua sekali, campur dessert rm 200 +++, repurchase?? haha, not at all.. abes semua poket rabak, kesian kak shery dengan puan rozi, niat di hati nak belanja mereka tp mereka pula yang kena tambah sebab dwet kami bertiga x cukup. maluuunya. patut la banyak org putih dan org cina jea yg makan dekat sana = ="

so, nasihat kepada semua org, fikir dlu sebelum nk pergi,dan kepada yang mampu pun, fikir dahulu, mmg la dwet banyak, tp sanggupka anda nak menghabiskan dwet sebanyak rm 200 or rm 300 untuk semua ini padahal boleh mendapatkan yang lebih murah dan rasa yang sama kat tempat2 lain seperti nando's, secret recipi dll. huu, for us, ini kali pertama dan terakhir kitorang pergi.. kalau pergi pun, tunngu org nak belanja jea..eh. ada ke?? hihu, happy holiday :)

Thursday, January 19, 2012

~tips agar make up tahan lama ~

hola ! assalammualaikum :)
Jom! sharing is caring guys ! heh.


caranya:
Setelah apply foundation, serap dengan kertas minyak hingga lapisan meresap. ditekan-tekankan ke wajah supaya foundation tak hilang. and then apply la bedak mcm biasa :).
Tips:
Menggunakan foundation dalam bentuk padat (compact foundation atau two way cake) adalah pilihan utama  kerana lebih tahan lama. erm, actualy sama ja yg pntngnya foundation. heh.

2. Eyeshadow.
Caranya:
Untuk menjadikan eyeshadow x pudar, sebelum mengenakan eyeshadow gunakan eye primer untuk buat make up lebih tahan tp kalau tidak ada apply dengan a little bit of foundation.
Tips:
Pilih foundation yang tidak mengandung minyak (oil free).

3. Eyeliner
Caranya:
Sesudah menggunakan eyeliner (baik cair maupun yg pensil) di garis kelopak mata, bubuhkanlah sedikit bedak tabur transparent. Caranya celup sedikit bedak tabur atas berus make up yg kecil  dan sapukan di sepanjang eyeliner yang sudah dilukis di garis kelopak mata.
Tips:
Jika ingin cara yang lebih tahan, pilih eyeliner waterproof sehingga tidak mudah luntur oleh peluh :).

4. Maskara
Caranya:
Sesudah membubuh maskara di bulu mata, bubuhkan bedak tabur diatasnya. Selain membuat  agar maskara tidak mudah luntur cara ini juga membuat bulu mata lebih tebal. hihu.
Tips:
Pilih formula tahan air (waterproof) agar tidak mudah luntur :)

5. Blusher
Caranya:
Menggunakan blusher dalam dua tekstur yang beebeza adalah jawabannya. Pertama gunakan dulu blusher  dalam bentuk krim, kemudia barula apply dengan blusher biasa. Ia akan menyerap minyak dari blusher krim, dan in case kalau ketika blusher biasa mulai pudar masih ada lapisan bawahnya, iaitu blusher krim.
Tips:
Walau menggunakan dua blusher yang berbeza, pastikan keduanya sama warnanya ya.

6. Lipstik

Caranya:
Gunakan lipstik dalam bentuk pensil (lipliner) dahulu. Applykan di seluruh bentuk bibir dan bubuhkan di bibir. lepas tuh bubuhkan lipstik dalam warna yang sama dengan lipliner di bibir. Serap dengan kertas tisu, kemudian bubuhkan lisptik lagi.

7. Cat Kuku

Caranya:
Sebelum menggunakan cat kuku gunakan lapisan dasar (base coat) yang mampu melapisi kuku sehingga pigmen warna melekat sempurna. Menggunakan base coat juga melindungi kuku agar tidak mudah rapuh dan berubah warna. mcm kuku aku :(
Tips:
Sesudah mewarnai kuku celupkan dalam air suam selama beberapa detik agar kering atau mengeras. Bubuhkan lapisan atas (top coat) agar tidak mudah cacat atau mengelupas.

selamat mencuba.. saya da, anda bila lagi ?
(ceh.. mcm iklan suh daftar mengundi pulak... hakhak.. pengsan =.=)

Tuesday, January 17, 2012

~wordless wednesday~

A true man does not need to romance a different girl every night, a true man romances the same girl for the rest of her life.”

~jom kempiskan perut~

hola ! assalammualaikum :)
di harap kemunculan ini dapat memberikan seribu erti kepada anda semua..
eceh. pengsan lama2 =.=

huu, act lama hilang sebab berfikir idea apa nak tulis kat blog yang boleh org follow, orang berminat nak baca blog kita. heh. so.. for the first entry of my the year 2012 i want to write about senaman nak kempiskan perut.. aha aha :)
anda boleh cuba semua gaya because very the easy nak buat.
so, kita mulakan dengan step pertama.

 bicycle excercise.


Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.
Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti anda mengayuh pedal basikal.
Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat. Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.
Pastikan anda tidak tarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda. Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.
que muscle (pinggang)
SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI. HEH :p


Bangkit tubi kaki tegak (vertical leg crunch)



  Angkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang.
 Angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa
Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan.
psst : aww.. tgk la badan abag tuh berketul..kikiki.. kalau perempuan badan ketul2? erk :p 

 
Senaman Plank (plank exercise)

Teknik ini sangat bagus dalam memberikan ketahanan otot pada bahagian perut dan juga belakang. Buat aksi seperti anda melakukan tekan tubi dan kemudian letakkan tangan depan anda di atas lantai. Pastikan belakang anda tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai. Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.


Senaman Kecut Perut


Senaman ini adalah sangat senang untuk dilakukan.. hanya perlu statik kat tempat anda x pyh bergerak2. And then letak dua tangan anda atas perut. After that kembang kempiskan perut anda seberapa kali yang anda mahukan. Senaman mcm ni semua lapisan umut boleh try. Senang. cubalah. Anda mampu mengubahnya.. ahakss :)


sooo.. thats all.. sharing is caring guys. Kekal sihat 1 Malaysia. heh. :)