DARLINGS

Tuesday, April 3, 2012

DREAM

ihsan Google


Assalammualailum :)
orang kata, bukan semua kita impikan akan jadi kenyataan kan ..
Dulu kita idamkan nak jadi jururawat. Dari kecil lagi minat untuk jadi jururawat tuh dah ada.
sebab mama selalu bilkan patung barbie dan alatan -alatan perubatan.
lepastuh kita make over patung barbie kita jadi nurse yang seksi.
haha :p
lepastuh dah tadika pun kita masih lagi bercita-cita nak jadi nurse sampaikan bila ada kawan kita sakit kat sekolah, kita nak tolong dia.. Actually tolong menyibuk sebenarnya. eh =.='
sebab cikgu kata kita masih kecil lagi taktau apa-apa.

lepastuh hinggakan ke sekolah rendah kita masih terbawa-bawa nak jadi nurse. Ntah kenapa bila tengok nurse kita rasa suka sangat. Satu hari tuh pihak sekolah ada buat injection BCG kot kalau tak silap. Kita pun excited giler la. Nak jadi orang pertama nak kena injection konon. Tapi kita nangis sebab kita takut tengok jarum. Kita pun berlari masuk tandas sebab tanak kena jarum. haha. Dalam hati nak jadi nurse konon.. pirahhh :'(. ok fine! niat di hati nak jadi nurse tetap ada *bermonolog sendirian*

Sampai ke sekolah menengah masa tuh tahun 2006 pun kita masih lagi bercita-cita nak jadi nurse. Tapi kita masuk kelas ekonomi plak. Kita jadi sedih. Dipendekkan cerita, lepas keputusan SPM kita terus apply SPA memandangkan keputusan subjek sains kita dalam SPM agak cemerlang. Eceh, bajet nak orang puji kot.

Alhamdulillah, apa yang kita impikan hampir-hampir jadi kenyataan. Kita dapat tawaran temuduga jururawat gred U29. Kita rasa macam cita-cita kita akan jadi kenyataan. Dipendekkan cerita lagi, tibanya hari temuduga tuh, kita dengan berpakaian serba pink melangkah ke bilik temuduga dengan rasa gugup. Hell yeah!. Tapi kita rasa nak tampar diri kita sendiri sebab semuanya serba tak kena masa tuh. Penemuduga tuh soal lain kita jawab lain pulak. Contohnya. Dia tanya mana jantung dan kita tunjuk buah pinggang plak. Haih =.='. Memang tak ohsem la. Kita rasa maluuuu. Lepastuh, that time jugak penemuduga tuh cakap kita masih muda lagi nak jadi nurse. Kita sedih. Padan muka kau lydia, confident sangat nak jadi nurse. *Bermonolog sendirian lagi*

Dan dari itu kita sedar bukan semua yang kita nak akan dapat. Kalau boleh kita nak sangat jadi nurse, tapi kita dapat kerja yang totally tak pernah diimpikan. Tapi kita tumpang gembira dengan kakak kita kerana dua dua telah berjaya menjadi nurse yang macam kita impikan. Kawan-kawan kita pun banyak yang jadi nurse. Kita tumpang gembira. Tau. Tau :'(

"Dreams are like stars...you may never touch them, but if you follow them they will lead you to your destiny."

No comments:

Post a Comment

~assalamualaikum wbt...

SHARE SOME LOVE
LEAVE A COMMENT ~

-LUV,lydia-