DARLINGS

Thursday, December 1, 2011

~10 cara untuk meningkatkan kadar metabolisme ~

wuhuu...
bestkan kalau kita dapat kadar metabolisme kita tinggi, makan apa jea pun takkan gemuk.. even makan ayam ke, makan nasi 4 5 kali sehari kan mmg takkan gemuk... bestnye, bagi yang mmg xdak kadar metabolisma yang tinggi mcm aku jugak.. ada jalan penyelesaiannya.. kiki.. terpulang pada anda nak buat atau tak.. honestly, for the truth.. agak susah kot nak buat..  for me, aku mmg takkan buat... ckup dengan amalan x makan nasi waktu malan :D
So, kawan2... bacalah, semoga boleh di jadikan amalan (gaya muslimah sejati ) :p

1. Bina otot-otot (build Muscle) kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging :Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air :Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan dan sebanyak 8 kali sehari. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air :Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis. (haha.. tp perut akan jadi boroi..hukhuk)


5. Makan lebih kerap :Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam. Maksud snek tuh mcm kerepek pisang, ye kot .. aku agak2 jea.. haa :p

6. Pedaskan masakan: Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein : Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan proteinberbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi :Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. haha.. tp make sure sejukkan, after sejuk.. tutup hidung dan minum trus.. haha ~

9. Minum teh hijau :Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10. Elakkan crash diet :Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

sila amalkan, sekian terima kasih.
xoxo.








No comments:

Post a Comment

~assalamualaikum wbt...

SHARE SOME LOVE
LEAVE A COMMENT ~

-LUV,lydia-