DARLINGS

Sunday, March 29, 2015

GST

Assalamualaikum. Hai awak awak. Harini ahad, esok kerja kan. Ok, malasnyaaa. Hee, 2 more days lagi kita akan masuk ke bulan April. Ok, perbualan malam ni agak serius sikit ya, kita nak sembang pasal gst. Hmm, tak tahula. Memandangkan kita ada ig dan we chat ja, tengok tengok post atau moment. Semua sibuk dok meroyan pasal GST. Yang kita pula. Bila di tanya pasal GST, kita boleh tanya balik. Eh, bila start semua tuh ye? Pastuh diorang kata 1 April ni. Pastuh reaksi kita, oooo. Hmm, mesti org sebelah rasa nak sepak terajang kita. Haaa, maafkan i la yeaa. Hihi. Hmm, kita bukan la bermaksud nak cakap yg kita ni tak ambil Peduli isu semasa. Kita peduli la, cuma masa nk ambil intebiu je kot.  Kahkah. Ok, back to basic. To be truth mmg GST ni membebankan rakyat. Sebabnya air mineral pun dikenakan GST, hmm.. Tak patut tak patut. Kena masak air sendirila lepas ni ya awk awk. Hihi. Gst ni ada pro dan kontranya. Memang membebankan tapi kalau dari sudut kontra ni kita kena pk dari penggunaan GST ni la kita dapat bantuan dari kerajaan. Contoh yg paling obvious bantuan brim, bila dah dapat brim bukan main bersyukur lagi cakap terima kasih PM, terima kasih kerajaan, tapi bila gst ni di kuatkuasakan mula la buat mogok bagai. Buat post apa ntah. Eh, apakah. Aku pun penin lalat dah dengan sikap segelintir pihak. Mulalah tadi beratur panjang dekat mall nk beli barang sebab takut dikenakan GST april ni. Hmm, korang ingat barang tuh sampai bila bila tak habis ke? Eh, kita cakap je, jangan terasa tau. Hahaha. Kita pun malas nk cakap panjang lebar, takut melibatkan sensitiviti rakyat kita, tak pasal pasal masuk tv popular tak bertempat. Amboi, bukan kemain lagi kau ni lydia. Hee, baik je kita ikutkan kehendak undang undang di malaysia ni. For me, suda rasa bersyukur dapat tinggal di tempat yg aman damai ni compared dgn sesetengah negara. Atleast GST ni boleh kita berjimat cermat. Kena beli barang yg penting dan perlu. Jangan membazir. Amalam syaitan. Hiks.  Tapi simpati kepada perokok perokok tegar, terpaksa la korang berhenti merokok ya, simpan je duit tuh untuk hantaran meminang. Lagi afdal kan? Kan? Eceh. Ok bye. Hahaha. So, awak awak punya pandangan macam mana pula? Share la dgn kita. Hee, selamat malam dan selamat berkerja.



No comments:

Post a Comment

~assalamualaikum wbt...

SHARE SOME LOVE
LEAVE A COMMENT ~

-LUV,lydia-