DARLINGS

Wednesday, March 21, 2012

~tips membeli kereta terpakai~



 ola!
kadang2 tuh kalau kita pndai cari kita akan dapat kereta secondhand yang nmpk baru dan kualiti amat2 lah ohsem!
so, kat sni aku nak share dengan korang semua tips membeli kereta secondhand. *terlebih excited :p*

1. SEMAK REKOD KENDERAAN
to make sure kereta yang kita nak beli tuh terhindar daripada jenayah make sure kita semak dahulu rekod kenderaan terpakai yang kita nak beli tuh di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar kita tidak terlibat2 dalam apa2 sebarang jenayah.

2. MINTA PANDANGAN YANG LEBIH ARIF
sebelum membeli kereta terpakai tuh, minta pandangan yang lebih arif tentang kereta terpakai seperti mekanik atau kawan2 yang pernah membeli kereta terpakai sebelum ini. Minta mekanik untuk memeriksa bahagian dalaman kereta yang hendak dibeli bagi memastikan kita tidak menanggung kerugian besar kerana ketidaksempurnaan pembaikannya. Totally not ohsem =.='

3. SELIDIK PENJUAL/AGEN YANG MENJUAL KERETA TERPAKAI
Sesetengan penjual yamg mata duitan ataupun yang bermulut manis akan cuba mengaburi mata membeli untuk menjual kereta terpalai yang rosak tanpa kamu sedari. Jika kamu membeli daripada daripada ejen, periksa pengedarannya dengan pihak yang bertanggungjawab seperti biro perniagaan. Tapi, jika membeli daripada si pemilik kereta itu sendiri, pastikan butir peribadinya seiring dengan maklumat yang terdapat pada geran kenderaan tersebut.

4. SELIDIK KONDISI KERETA TERPAKAI ITU
Dalam proses jual beli, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan kecantikan luar kereta itu. Sebaliknya siasat dahulu latar belakang kenderaan itu sama ada pernah terlibat dengan kemalangan sebelum ini. Jika anda dapati pernah mengalami kemalangan, dapatkan butiran tahap kerosakan beserta rekod penyelanggaraan  juga agar dapat membandingkan kecekapan kenderaan tersebut dengan harga yang ditawarkan.

5. KESAN SEBARANG CELA
Pastikan kereta terpakai yang hendak dibeli diselenggarakan dengan lebih baik termsuklah memastikan kesepadanan nombor  VIN (VEHICLE IDENTIFICATION NUMBER) pada nama kenderaan, dashboard, panel pintu pemandu dan hud kenderaan.
Teliti sebarang ketidaksepadanan  lapisan cat pada bahagian luar dan dalam kenderaan seperti pada bahagian pntu.
Pastikan nombor yang tertera pada casis dan enjin sama dengan nombor pada dokumen  kereta asal termasuklah nombor pendaftaran sekali.

Ohsem ke x ohsem ??
semoga ianya sangat berguna kepada anda ! :)

No comments:

Post a Comment

~assalamualaikum wbt...

SHARE SOME LOVE
LEAVE A COMMENT ~

-LUV,lydia-