DARLINGS

Monday, December 26, 2011

~welcome to world syg !!~


ola ! assalammualaikum.....
nama saya nurul aleeya batrisya.. boleh panggil saya baby isya :)
saya baru seminggu dilahirkan.. saya kuat menyusu, lepas susu saya tdo, lepas tdo saya susu.. kalau tak dapat susu saya nangis.. kesian auntie, ibu, opah nak diamkan saya.. saya tetap akan nangis smpai kan saya dapat menyusu.. saya comel kan.. ok bye semua .. isya nak menyusu ..

okay ! sila pengsan = ='

happy sangat sebab ada anak buah baru.. it just feelin great ! selamat diucapkan to my sister cuz selamat melahirkan bayi yang tersangat comel dan indah... totally can't described when u hug her and everybody will loved it. i wish i can be like baby isya who dont understand anything except love and hug. after this.. bermulalah kehidupan baby isya.. can't wait for her to be grow up and be a cute girl like me, like me? eh.. kahkah.. sila gelak beramai2 :p

p/s : thinking and counting days.. bila kah aku akan dapat my own baby? hurmm.. wait and see.. kepada sesiapa yang bujang boleh berjumpa saya untuk sesi beramah mesra.. eh, tidakkah cara seperti agak terdesak? gulp ! lariiiii laju2 :D

Wednesday, December 21, 2011

make up tutorial : dinner make up~

hola ! assalammualaikum :)
as usual.. no video.. huu =.=
make up ni senang jea tp kalau dinner usually make up kita msti guna kaler yang terang2 supaya semua orang boleh tgk kita.. eceh. bajet hot la konon, haha :p
masa make up arituh kita guna kaler kuning..
jom layan ~

taraa !
procuct that i used :
clean n clear toner dan safi moisturizer
mac make up base
essence mouse foundation
maybelline concealer
pixy two way make up : yellow beige
96 miss rose pallete : white ( dor shimmering),dark brown (apply at u lid area), soft brown, light yellow (make sure yang simmering dan wet yea)
fake lashes (blend dengan maskara)
mac gel eyeline
kajal white eyeliner
16 baked blusher : bronze
mac lipstic : softpink kaler
mojolica lipgloss

finish ! senang jea.. sorry xde video nak tunjukkan.. just imagine and u will know how to apply it ! selamat mencuba :)

 eh eh ! ini datin siti nurhaliza ke? haha.. sila muntah yea :p
comel kan?.. eh eh okla bye :D

Tuesday, December 20, 2011

~make up tutorial : pink smokey eyes~

ola ! assalammualaikum :)
petang2 yang mengantuk mcm ni, nk share dengan korang semua how to do it pink smokey eyes..
as usual.. no video = .=
kita memang tak pndai nak edit video.. orang kampung kan = ='
i'm sure korang semua pun pndai make up jugak kan..
jom layan ~~~

product that i used :
clear n clear toner & safi moisturizer
mac make up base
essence foundation 16 hours long lastic
pixy two way cake -yellow beige
96 miss ross pallete - white (for shimmering), dark brown, pink, a bit of black.
maybeline hyper liner
elianto brow( brown colour)
half lasheh blend dengan maskara
16 baked blusher - soft pink colour
baby pink silky girl lipstic..da siap ! selamat mencuba :)


Sunday, December 18, 2011

~run for the recycle~

ola dan assalamualaikum ! jom ! larian kitar semula :)
eh, sory.. mak bapak kita x bg kita tunjukkan muka dekat org ramai.. hehe :p
weird but true, harini i made it finish my run sepanjang 14 km tanpa pengsan dan muntah ~
eww ! tp sebelum ni tak pernah ikut program mcm ni, this is the first tym.. haha ! aku kan memang yang jenis malas bsukan.. sebab tuh la gemuk  =.=
siyes best ! tp penat gilerrr (menunjukkan yang sangat2 penat la kot :p)

lydia dan kak nadia yang comel.. kita x cantik, sebab tuh la malu nak tayang gambar.. kikiki :p
nmpk sangat baju tuh besar dengan aku, ke  aku da kurus atau baju tuh memang da besar, saiz S kot :)
ok ! kau mmg gemuk lydia jangan nak berangan kurus pulak ! hohoi.. bagus la lepas lari , kaki da tempang, tapak kaki da melecet... abes musnah harapan aku mau pakai kasut high heels untuk dinner.ok, bye !



selamat malam kawan2..hve a gud sleep and take care ~
harapla dapat menang contact lense giveaway yang kak fyna anjurkan.. xoxo :)
eh! sila mengamalkan sikap kitar semula okayy :)

Thursday, December 15, 2011

~review product :Libressed ~

be a open minded okay! :)

datang period? risau bocor? cubalah libressed ~
ngee.. hola and assalammualaikum ~
bila jea tiba waktu period.. sakit perut mula lah melanda and keluar mencurah2..eee.. x senonohnya =.=
but, be a profesional okay .. bila waktu period jea kita risau nak pkai suar putih, nak pakai suar nipis.. takut tembus ke seluar atau skirt apatah lagi bila first day..
so, here is the solution..

libressed overnight 32 cm.. ouch ! this is very good pad.. once u wear in your first day.. u will feel secure all day long tanpa takut tembus ke seluar atau skirt.. pad ini tersangat2 la panjang.. masa first tima nak pakai.. rasa mcm kena sula pula.. ok !ini  mmg betul2 x senonoh =.=
haha..

dulu orang pakai pad kotex 32 cm, okay jugak tp susah nak cuci la..
mcm mana boleh pakai libressed? masa dapat free sample kat carefour arituh terus try.. mula2 tuh pakai yang overnight ni.. wah ! mmg berbaloi.. pastuh harga dia.. rm 4.00++ untuk 12 pads.. wah ! lagi berbaloi2 !!!
= ='.

eh, tapi.. kalau period da nak dekat habis.. jangan pulak pakai yang overnight ni rugi nanti.. pakai panty liner yang khas untuk nak dekat2 habis period.. mmg bagus, mcm pakai pad jugak.. berbaloi.. dan berbaloi dan berbalo lagi.. kihkih..

so, kepada sesiapa yang rasa nak try dulu.. nak dapat free sample boleh pegi kat sini :
http://malaysiafreesamplegiveaway.blogspot.com/2011/08/free-libresse-sanitary-pad-sample.html

so, cubalah.. xrugi kita mendapatkan sesuatu yang murah tetapi berbaloi daripada sesuatu yang mahal tetapi tak berbaloi.. eh eh? betul ke? :D.. bye !

Monday, December 12, 2011

~arabian night make up ~

hola ! assalammualaikum.. jelous tgk org buat tutorial pasal make up, lepastuh cakap dalam hati.. ish.. boleh ke aku buat mcm tuh, pastuh kita pun try buat... firstly tuh, agak menjadi la jugak.. tba2 spoil maskara tercelit ntah ke mana.. habis comot ! =.=
pastuh sedih tanak buat video lagi.. hanya gambar la yang boleh menjadi tatapan, daku pasrah :(
make up ni inspired by kak fyna.
Thanks for the tutorial tuh :)

warning : sila jangan muntah dan keluar darah from u nose okay, kikikiki. :D


PRODUCT THAT I USED
ESSENCE MOUSE BASE MAKE UP
ESSENCE FOUNDATION
PIXY TWO WAY CAKE (YELLOW BEIGE)
96 PALLETE MISS ROSE MAKE UP (YELLOW, BLUE, LIGHT PINK, SOFT BROWN,BLACK)
MAC GEL EYELINER 
HALF FAKE LASHES
VOLUME MASCARA XXX BY MAYBELIINE, .. APPLY AND BLEND WITH HALF FAKE LASHES TO MAKE U LASHES MORE ORIGINAL :)
BRONZE BLUSHER (FOR SHADING)
LIP ICE BY MENTHOLENTUM, BABY PINK LIPSTIC BY SILKY GIRL, PINK LIPGLOSS BY MOJOLICA
WHITE SHIMMER MAKE UP FOR SHIMMERING ~

ok ! itu sahaja.. even xda video pun korang boleh cuba jugak kan.. watch and apply ok ! mmg senang .. so, ALL THE BEST !

oh ya ! lens boleh beli kat sini.. diorang tengah adakan promosi.. cepat sebelum terlambat ok !

Wednesday, December 7, 2011

~siapa wanita di mata lelaki?~

tanak banyak cakap, ikuti perbualan ni =.=


suatu petang, tiga orang lelaki bujang A B dan C duduk melepak kat kdai mamak smbil menonton bola...selepas bola da habes.. c A memulakan perbualan..

LELAKI A : eh, korang.. aku da bosan la hidup bujang mcm ni. bile kita nak kawen?

LELAKI B&C : a'ah.. sama la..

LELAKI A : bg korang la, korang nak mcm mana yang sesuai untuk kita buat bini?

LELAKI B : kalau aku msti la aku nak perempuan bertudung..

LELAKI A : kau C?

LELAKI C : aku tak kisah, tp seelok2 nya aku nak perempuan yang pkai tudung jugak..

LELAKI A : hurm... kenapa korang memilih?

LELAKI B : eh, kita lelaki ni wajibla jadikan perempuan yang bertudung ni sebagai isteri, sopan santuh,        menjaga aurat, menjaga maruah, pndai masak, sejuk mata memandang.. pokoknya, aku suka la..

LELAKI C : betul cakap kau tuh A, aku kalau tengok pkai baju kurung x kisah la dia x cantik ke apa ke.. perghh ! cair beb.. perempuan bertudung pandai ambil hati kita tau.. mcm kat opis aku kan, orgnya x la jugak cantik. tp manja beb.. walaupun dia pakai tudung.. terbaik la ~


LELAKI A : kalau la ditakdirkan jodoh korang dengan perempuan x pakai tudung, korang terima x?

LELAKI B : aku kalau perempuan yg x tak pkai tudung ni aku kurang sikit, takut mak aku x suke jea.. yela, mostly aku bca dlm artikel artikel perempuan x pkai tudung ni tempat nak main jea.. nak puaskan nafsu, ntah la aku pun tak tau...

LELAKI A : x bek ko cakap mcm tuh tau.. ko x boleh suka hati nak cakap mcm tuh..

LELAKI C : ko pula? dr td asyek ko yg tya jea..

LELAKI A : aku? aku tak kisah la... aku ikut kepada ketentuan Allah, aku ikut jodoh... bg aku perempuan pakai tudung ke tak pakai tudung ke sama jea yang pntng baik, hormati org tua dan pandai jaga diri.. seksi x pkai tudung tuh hanya luaran.. nti da kahwin pndai la aku nak ajar suh pakai tudung, lagipun gf aku sekarang mmg free hair, tp dia solat, x kuar rumah, pndai jaga diri.. aku pernah jugak cakap kalau x pakai tudung masuk neraka.. Allah murka, pastuh selamba dia cakap.. dia x sedia lagi.. dia tanak jadi paksaan dalam pakai tudung sbab kalau di paksa dia tanak mcm da pkai tudung buka balik.. da free hair pkai tudung lagi.. lau pkai tudung pkaila terus.. so, sbb tuh la aku hormati dia, dia x hipokrit..


LELAKI B &C : terdiam =.=


so, kesimpulannya.. lelaki x boleh nak judge wanita pada luaran, x bertudung semestinya x baik, dan yang bertudung x semestinya baik.. ada PRO dan KONTRANYA.. buka main belasah jea.. dlu kita ada pengalaman.. lelaki tuh reject kita sebab  x pakai tudung.. soo bad  =,=


xoxo.


~am i obses?~

happy wednesday all and assalammualaikum..

situasi pertama,
sebelum mandi dan selepas mandi tgk cermin, badan naik ke tak.. pastuh tengok mcm badan da mula naik, mulalah x makan seminggu... T____T

situasi kedua,
baru start nak suap nasi ke dalam mulut, pastuh mula fikir kalau aku makan nasi, msti badan aku naik, trus x jadi makan nasi, makan roti kering cicah susu jea.. T____T


situasi ketiga,
'eh, ko da gemuk la' aiyaa.. mulalah tanak makan nasi, sanggup tidur awal malam supaya x makan..trus tdo jea.. how bad it is T___T


situasi keempat,
bila tgk org kurus jea, terasa diri ini x cantik dan malu dengan mereka.. dalam hati cakap 'gemuknya aku, gemuknya aku'.. mulalah fikiran serabut asyek nak kurus T___T

huu.. aku sangat2 obses nak kurus  ke?

nmpknya semua orang da tdo.. mimpi baik semua. xoxo :)


Monday, December 5, 2011

~erk... bf nak bawa balik kampung??~

haha! msti pelikkan dgn tajuk dekat atas tuh..
eh, assalammualaikum :)
actually i want to share to all of u tips untuk gadis2 mcm mana nk berhadapan dgn parents kekasih kalau diorang bwa kita blik rumah ~
(for gegurl only ya :p)
sebenarnya kita x pyh la nk hipokrit sangat, just be youe self, the important is you all kena pndai jaga diri and respect them.. thats all.. no need la to pretend muslimah ya :)

so, here it is

1.talk about dress ~ "eh, aku nak ikut balik bf aku blik kmpung, apa nak pkai ya.. baju kurung? baju labuh?" ini selalu jadi masalah kaum wanita nak pakai baju apa nak balik jumpa family bf.. in my opinion, tak payah la nak pakai baju kurung sangat, ingat ini hari raya ke apa, cukup la dgn seluar jean dan baju t-shirt, high heels (untuk menampakkan kita matang), i think tuh sudah cukup simple and polite.. kalau nak pkai baju kurung.. serius kamu akan nampk seperti org yang terpaksa.. trust me ! (aku ikut blik kampung aby pun pkai legging dan t shirt ikut badan..haha, jgn tiru mcm saya ok :p)

2.perbualan ~ haa ! perkara ini yang paling kita takutkan apabila parents bf kita ajak kita berbual, msti takut tersalah cakap atau x tahu nak cakap lansung.. wuhuu, take it easy guys! buat mcm kita berbual mcm mak bapak kita sendiri.. kalau ada benda dia tya kita jawab, pastuh kita pun sembang la tanya khabar ke apa ke, kalau kita ni jenis yang x banyak cakap, make sure ask your bf parents dia ni jenis mcm mana, from that kita da ada point nk bersembang, hehe.. x pun belikan oleh2 msti diorang suke ( harituh belikan mama aby rantai mutiara dari sabah.. terus senyum pnjang :p)

ringan2 kan la tangan ~ rajin2 kan la dri anda yang sememangnya rajin mcm aku, eh ! tercakap pulak, haha :p pagi2 kena bangun awal.. bangun la untuk solat subuh pastuh tdola blik, jam 8 or 8.30 pg bangunla balik.. after that, you all kena terus g dapur, kalau tak masak utk sarapan atleast, buat air or cucila piggan mangkuk yang kotor,kemasla rumah.. nak duduk tgk tv boleh tp make sure semua kerja da siap buat, pasti mereka akan senang hati.. kalau tanak masak pun its ok :)

haa ! amacam, senang jea kan :)
mngkin tips ni agak tidak masuk akal kot, nak ikut ke x terpulang.. but this is from my experience.. kita x pyh nak ubah diri kita, kalau kita mcm tuh mcm tuh la cuma like i said before, be yourself.. but berpada2 la, masing2 da besar.. da tau nak fikir mcm mana nak ambe hati mereka, kikiki.. mak mentua sama dengan parents kita sndri, so.. layan mereka mcm layan parents kita sndri ya ! :)

xoxo.






Thursday, December 1, 2011

~10 cara untuk meningkatkan kadar metabolisme ~

wuhuu...
bestkan kalau kita dapat kadar metabolisme kita tinggi, makan apa jea pun takkan gemuk.. even makan ayam ke, makan nasi 4 5 kali sehari kan mmg takkan gemuk... bestnye, bagi yang mmg xdak kadar metabolisma yang tinggi mcm aku jugak.. ada jalan penyelesaiannya.. kiki.. terpulang pada anda nak buat atau tak.. honestly, for the truth.. agak susah kot nak buat..  for me, aku mmg takkan buat... ckup dengan amalan x makan nasi waktu malan :D
So, kawan2... bacalah, semoga boleh di jadikan amalan (gaya muslimah sejati ) :p

1. Bina otot-otot (build Muscle) kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging :Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air :Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan dan sebanyak 8 kali sehari. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air :Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis. (haha.. tp perut akan jadi boroi..hukhuk)


5. Makan lebih kerap :Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam. Maksud snek tuh mcm kerepek pisang, ye kot .. aku agak2 jea.. haa :p

6. Pedaskan masakan: Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein : Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan proteinberbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi :Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. haha.. tp make sure sejukkan, after sejuk.. tutup hidung dan minum trus.. haha ~

9. Minum teh hijau :Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10. Elakkan crash diet :Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

sila amalkan, sekian terima kasih.
xoxo.








Tuesday, November 29, 2011

~wordless wednesday~

“Here’s to the girls: That keep a smile even though they’re going through hell. That keep their head high, even though they’d rather be elsewhere. That give amazing advice, but can’t seem to follow it themselves. That can make anyone laugh, but herself. Here’s to her.”
xoxo.

Tuesday, November 22, 2011

~perkhidmatan urut~

eh eh ! sila jangan mengkontroversikan tajuk d atas ya :p


ah! ini la maksud nya perkhidmatan urut.. eee. x malu korang fikir bukan2.. hakhak :p
tempat ni terletak kat kajang.. mcm mana boleh smp ke sini? sebab tempat ini bagus.. percayalah sekali urut pasti akan baik.. dan IA nya sangat murah... tp, err.. seBenarnya bukan aku yang urut, aku cakap berdasarkan apa yg yang berlaku kepada kakak nanad iaitu selaku orang yang nak di urut.. hikk :)


hikhik.. ini la kak nad.. harap maaf... muka tidak dapat di tunjuk atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.. (ayat poyo :p).. ustaz tengah mengurut kak nad :)


hik, sebenarnya kak nad tengah menahan kesakitan.. and then she pretending playing game dekat fon tuh.. ntah2 dia main game kuching yang kalau kita cakap dia akan ikut sebiji apa yang yang kita cakap tuh.. contohnya mcm ni.. kau comel ! pastuh akan ulang blik.. kau comel ! ye ye tau saya mmg comel pun.. erk?? haha :p, pastuh game tuh kalau kita geram kita boleh cubit2 pipi kuching tuh, boleh tampar dia sampai dia pengsan, ngee.. FYI,urut ni ambil masa lebih kurang setengah jam...


lydia dan kak nad,syukur Alahmdulillah kak nad da x sakit kaki lagi.. terima kasih kepada USTAZ kerana memberikan urutan yang sangat baik.. byr cuma RM 10 jea.. berbalo baloi kan?? so, kepada yg nak.. boleh call number seperti yang dalam banner tuh.. kna buat appoitment dlu sebab ramai org datang nak minta urut.. hik.. urut jgn x urut.. bye !

xoxo.

~wordless wednesday~

“Stay strong, and remember that relationships are like broken glass, sometimes it’s better to leave it alone rather than try to put the pieces back together, and get hurt.”



xoxo.

~playing with my chibi(nikon d3000)~

Enjoyed and sila berikan kutukan yang baik  :)

+ TRYING TO BE CUTE!! S***K!!+

+FEELING A LITTLE BIT SUCK+



+JUST PRETENDING TO BE OK+


+THE BLURR FACE.. AYARKK!~



haha ! agak2 muntah x tengok gambar ni atau sedang meraung2 atau sedang bedarah hidung.. erk *motif??*


sayang anda semua.

Thursday, November 17, 2011

~my outstation day~

today is my outstation day, kena jadi pengawas untuk exam pegawai anti dadah S41, mostly orang yg ada degree jea akan menduduki exam gred 41.. orang yg kelulusan SPM akan jadi kerani cabuk jea mcm aku ni walaupun ada diploma.. huu, so.. pengajarannya.. belajar tinggi untuk dapat jawatan yang ada gaji banyak..kikikiki.. exam ni start jam 9 tp kitorang kena start awal edar paper... calon boleh la tahan ramai 400 orang.. actually kerja ni penat cuz x boleh duduk.. tp aku sengaja ambe tugas susun no giliran dan tick kehadiran supaya x berdiri.. hehe, agak2nya tym skolah dlu mcm nila kan perasaan guru masa ada peperiksaan kan.. mcm2 kena buat, so, tanak cakap panjang... jom layab gambar kat bawah,, alamak ! erk,, FYI.. TOLONG ABAIKAN PUAN TUH YA.. aww ! AKU X KAWEN LAGI OK, SILA PANGGIL CIK YE TERASA DIRI INI TUA, HAKHAK (saja jea bg caps lock nak bg org tau aku x kawen lagi :p)



sebahagian daripada calon exam, the youngest candidates lahir tahun 1988, 1 pencapaian yang sangat membanggakan :)


 haha.. kalau bergambar harus la senyum walaupun masa tuh pening susun angka giliran.. patut la matematik aku dapat 7 jea.. lembap sangat, hikk :)

 guys ! jum kita pegi shopping, hekhek.. aku pun tatau la dari mana dorang dapat troli tuh..kat dalam kotak tuh la penentu masa depan all the candidates td, huu...

lydia.. kak jaja.. kak nad, tymes to go home :)

nmpknya smpai di sini jea.. mata sudah mengantuk mau tdo, penat kira angka smp skang masih terbayang bayang lagi, hekhek :) have gud sleep ya !

p/s : tahniah kepada malaysia sebab kalahkan indon.. kasihan de lo.. mau lawanin team kami? pikir dulu dong ! haha, dan arini nora danish comeeeel la sangat sebab pkai baju kaler pink.. alahaii..  cepat2la kurus mcm nora danish :p  erk? daaa !





Wednesday, November 16, 2011

~wordless wednesday~

Girls are like apples on trees. The best ones are at the top of the tree. The boys don’t want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt. Instead, they just get the rotten apples from the ground that aren’t as good, but easy. So the apples at the top think something is wrong with them, when in reality, they’re amazing. They just have to wait for the right boy to come along, the one who’s brave enough to climb all the way to the top of the tree.

Saturday, November 12, 2011

~resipi : masak daging masak kari~

alooo fellas ~
tgh buat apa malam ni? dating? tgk wayang? apa? da tdo? isk2, cepat bangun! malam masih muda :)
tujuan saya menulis entry ini.. erk, mcm nak buat pidato plak.. skema ! hakhak..
merujuk kepada entry di atas.. (daging masak kari )sebenarnya aku nak share resepi dgn korang.. memandangkan ia agak simple dan cepat di masak, i think anda di rumah boleh try resepi ni.. x susah pun senang jea, tutup mata pun boleh buat.. kelas kau maria.. hee.. eh, before kita mula kelas memasak kita.. aku nak bgtau daging ni sebenarnya daging korban, my boss.. Puan Khairiah yang bagi.. maybe dia kesian dengan aku kot sebab x sambut raya aji, tuh pasalla dia bg.. hikhik.. ok la ok la.. anda semua msti x sabar nak tau kan.. ceh, macam la ada org nak tau kan, perasan jea lebih.. ngee ~

perkara pertama yang anda perlu lakukan is prepared all the barang yg u all nak masukkan dalam kuali.. bahan-bahannya adalah :


potong bawang merah dan bawang putih menjadi hirisan2 kecil, ikut suka la lau nak letak sket atau banyak.. tp lau nak menaikkan bau smp ke rumah jiran sebelah, potongla bawang putih banyak2.. hikhik..



lepastuh sertakan sekali kayu manis dan bunga cengkih.. ini ja yang ada di rumah aku..mlas mau trun lagi p beli, kita guna yang ada d rumah ja, tp lau korang kat rumah ada buah pelaga, jintan manis... jagus, kismis.. boleh la sertakan sekali... kayu manis dan bunga cengkih digoreng bersama- sama dengan bawang putih dan bawang merah..

lepastuh, kari yang dalam paket tuh larutkan dalam air bagi memudah kan ia masuk dalam kuali, lau kita masukkan kari tuh tanpa bancuh, takut nti kari tuh akan melekat dalam kuali so better bancuh dlu dan terus masukkan dalam kuali, kan senang tuh :)


lepas kita da campurkan semua bahan dan kari yang di bancuh tuh pun telah di masukkan dalam kuali, kita masukkan pula daging.. daging ini aku rebus bersama sudu untuk melembutkan daging dan menghilangkan bau daging lembu...



and then kita masukkan kentang yang telah dipotong dadu, dan 1 kiub pati ayam bagi menggantikan santan.. helo ! santan buat kita gemuk ok sebab dia berlemak, hikhik.. so, aku gantikan dengan kiub pati ayam, atleast dia agak berkhasiat.. erk, ye kot :p.. dan believe me daging kari itu akan pekat seperti kita masukkan santan :).. letak garam dan ajinamoto sedikit.. biarkan hingga mendidih..

taraa ! ini la hasilnya.. yummy, nmpk sedap bukan ? :) anda dirumah pun boleh cuba.. senang sangat.. bagi yang bujang di galakkan mencuba.. bg yg da kawen? erk.. hihi...

inila tukang masak nya.. comel kan? kalau comel sila angkat kening, kalau x comel sila cakap angkat kaki dan pergi dari blog aku (takut x?.. hakhak :p)

p/s : ayok, nmpknya.. minggu depan ni kena diet betul2 memandangkan 2,3 ari ni asyek makan nasi jea.. oh tidak ! tanak gemuk ! tanak gemuk !


dating baik2 ya tgk wayang baik2 ya, tidur baik2 ya, xoxo :)
sayang anda semua.