DARLINGS

Thursday, April 5, 2012

zaman percintaan sekolah rendah

Assalammualaikum.
Zaman percintaan sekolah rendah.
Eh. Kita minta maaf la.. kita bukan sengaja nak berlagak hot nak buat entry pasal ini tapi kita cuma nak berkongsi dan bermanja dengan korang semua. Eh. Silalah jangan menyampah okay =.='
Zaman sekolah dulu kita dah kenal apa tuh cinta. Tapi tuh cuma cinta monyet dan cinta hingusan. Bila di ingat balik kita tersenyum sendirian dan dianggap tidak siuman kepada sesiapa yang melihatnya. Oh =.='

Cinta monyet kita sangat kelakar dan not ohsem. Sekolah rendah dulu kita tak dibenarkan pakai handset lagi, So, Kita gunakan surat menyurat sebagai alat pengganti SMS. Dipendekkan cerita. Kita  dapat satu surat, surat dari lelaki, kita kenal siapa budak lelaki tuh. Tapi malang tidak berbau, Surat kita dirampas oleh ustaz sebelum sempat nak baca.

Masa tuh jugak, kita dan kawan kita, si lelaki dan kawan kawannya di panggil oleh ustaz. Kita rasa macam nak nangis. Dah pun ustaz tuh kawan abah kita. Kita tengok mata ustaz tuh dan ustaz tuh tengok kita. Kita tunduk sebab takut. Lepastuh ustaz gelak dan dan baca surat yang si lelaki bagi kepada kita.Rupa-rupanya si lelaki tuh nak cakap yang dia suka dengan kita dan ambil kita jadi gf. Kita mula-mula tanak mengaku surat tuh untuk kita tapi surat tuh ada nama kita. haih. Menyusahkan kita betul la =.='

Akhirnya, si budak lelaki tuh pun mengaku dan kita pun didenda sekali. Kita nak nangis masa tuh la. Kita tak salah apa pun. Tapi ustaz tuh serius garang. Sampai sekarang wajahnya masih terbayang-bayang di fikiran kita. Oh. zapppp! haa. Hambek kau. Kita kena rotan 2 kali :'(.
sakit la.. kita kena rotan kat bawah lutut. Sungguh kejam ustaz tuh merotan kita sedemikian rupa. Kita kan masih budak, kesian kita. Kita nangis tapi ustaz tuh tak kasihan pun dengan kita. Tapi bukan kita seorang jea. kawan2 perempuan kita pun kena jugak dan kami menangis bersama-sama. Kita nangis-nangis balik rumah. Kita peluk mama, mama tanya kenapa. Kita cakap kita kena rotan ustaz. Mama tanya kenapa kena rotan. Kita bagitau sebab ada orang bagi surat cinta dengan kita. Mama gelak dan sapukan ubat tempat kita kena rotan tadi. Lpeastuh kita tertidur. Dan esoknya kita ambil cuti sekolah 2 hari tanda mogok. Eh. Tipuuu.. ngee, kita cuti dua hari sebab kita tak boleh jalan.

Lepas kejadian tuh, kita masih lagi sembang sembang dengan budak lelaki tuh dan kitorang berjanji takkan buat apa-apa surat lagi. Insaf =.='

Eh, tiba-tiba kita teringat dengan si budak lelaki tuh dan ustaz kita yang sangat garang macam harimau. Adakah si budak lelaki itu sudah berkahwin? dan adakah ustaz itu sudah kurus ?adakah perut dia x boroi mcm dulu? hidupkah ustaz tuh lagi? Eh, jahatnyaa kita. huu. oh. okay. Semoga terhibur. Kbai ! :)

Next : zaman percintaan sekolah menengah :)

Tuesday, April 3, 2012

DREAM

ihsan Google


Assalammualailum :)
orang kata, bukan semua kita impikan akan jadi kenyataan kan ..
Dulu kita idamkan nak jadi jururawat. Dari kecil lagi minat untuk jadi jururawat tuh dah ada.
sebab mama selalu bilkan patung barbie dan alatan -alatan perubatan.
lepastuh kita make over patung barbie kita jadi nurse yang seksi.
haha :p
lepastuh dah tadika pun kita masih lagi bercita-cita nak jadi nurse sampaikan bila ada kawan kita sakit kat sekolah, kita nak tolong dia.. Actually tolong menyibuk sebenarnya. eh =.='
sebab cikgu kata kita masih kecil lagi taktau apa-apa.

lepastuh hinggakan ke sekolah rendah kita masih terbawa-bawa nak jadi nurse. Ntah kenapa bila tengok nurse kita rasa suka sangat. Satu hari tuh pihak sekolah ada buat injection BCG kot kalau tak silap. Kita pun excited giler la. Nak jadi orang pertama nak kena injection konon. Tapi kita nangis sebab kita takut tengok jarum. Kita pun berlari masuk tandas sebab tanak kena jarum. haha. Dalam hati nak jadi nurse konon.. pirahhh :'(. ok fine! niat di hati nak jadi nurse tetap ada *bermonolog sendirian*

Sampai ke sekolah menengah masa tuh tahun 2006 pun kita masih lagi bercita-cita nak jadi nurse. Tapi kita masuk kelas ekonomi plak. Kita jadi sedih. Dipendekkan cerita, lepas keputusan SPM kita terus apply SPA memandangkan keputusan subjek sains kita dalam SPM agak cemerlang. Eceh, bajet nak orang puji kot.

Alhamdulillah, apa yang kita impikan hampir-hampir jadi kenyataan. Kita dapat tawaran temuduga jururawat gred U29. Kita rasa macam cita-cita kita akan jadi kenyataan. Dipendekkan cerita lagi, tibanya hari temuduga tuh, kita dengan berpakaian serba pink melangkah ke bilik temuduga dengan rasa gugup. Hell yeah!. Tapi kita rasa nak tampar diri kita sendiri sebab semuanya serba tak kena masa tuh. Penemuduga tuh soal lain kita jawab lain pulak. Contohnya. Dia tanya mana jantung dan kita tunjuk buah pinggang plak. Haih =.='. Memang tak ohsem la. Kita rasa maluuuu. Lepastuh, that time jugak penemuduga tuh cakap kita masih muda lagi nak jadi nurse. Kita sedih. Padan muka kau lydia, confident sangat nak jadi nurse. *Bermonolog sendirian lagi*

Dan dari itu kita sedar bukan semua yang kita nak akan dapat. Kalau boleh kita nak sangat jadi nurse, tapi kita dapat kerja yang totally tak pernah diimpikan. Tapi kita tumpang gembira dengan kakak kita kerana dua dua telah berjaya menjadi nurse yang macam kita impikan. Kawan-kawan kita pun banyak yang jadi nurse. Kita tumpang gembira. Tau. Tau :'(

"Dreams are like stars...you may never touch them, but if you follow them they will lead you to your destiny."