DARLINGS

Wednesday, December 7, 2011

~siapa wanita di mata lelaki?~

tanak banyak cakap, ikuti perbualan ni =.=


suatu petang, tiga orang lelaki bujang A B dan C duduk melepak kat kdai mamak smbil menonton bola...selepas bola da habes.. c A memulakan perbualan..

LELAKI A : eh, korang.. aku da bosan la hidup bujang mcm ni. bile kita nak kawen?

LELAKI B&C : a'ah.. sama la..

LELAKI A : bg korang la, korang nak mcm mana yang sesuai untuk kita buat bini?

LELAKI B : kalau aku msti la aku nak perempuan bertudung..

LELAKI A : kau C?

LELAKI C : aku tak kisah, tp seelok2 nya aku nak perempuan yang pkai tudung jugak..

LELAKI A : hurm... kenapa korang memilih?

LELAKI B : eh, kita lelaki ni wajibla jadikan perempuan yang bertudung ni sebagai isteri, sopan santuh,        menjaga aurat, menjaga maruah, pndai masak, sejuk mata memandang.. pokoknya, aku suka la..

LELAKI C : betul cakap kau tuh A, aku kalau tengok pkai baju kurung x kisah la dia x cantik ke apa ke.. perghh ! cair beb.. perempuan bertudung pandai ambil hati kita tau.. mcm kat opis aku kan, orgnya x la jugak cantik. tp manja beb.. walaupun dia pakai tudung.. terbaik la ~


LELAKI A : kalau la ditakdirkan jodoh korang dengan perempuan x pakai tudung, korang terima x?

LELAKI B : aku kalau perempuan yg x tak pkai tudung ni aku kurang sikit, takut mak aku x suke jea.. yela, mostly aku bca dlm artikel artikel perempuan x pkai tudung ni tempat nak main jea.. nak puaskan nafsu, ntah la aku pun tak tau...

LELAKI A : x bek ko cakap mcm tuh tau.. ko x boleh suka hati nak cakap mcm tuh..

LELAKI C : ko pula? dr td asyek ko yg tya jea..

LELAKI A : aku? aku tak kisah la... aku ikut kepada ketentuan Allah, aku ikut jodoh... bg aku perempuan pakai tudung ke tak pakai tudung ke sama jea yang pntng baik, hormati org tua dan pandai jaga diri.. seksi x pkai tudung tuh hanya luaran.. nti da kahwin pndai la aku nak ajar suh pakai tudung, lagipun gf aku sekarang mmg free hair, tp dia solat, x kuar rumah, pndai jaga diri.. aku pernah jugak cakap kalau x pakai tudung masuk neraka.. Allah murka, pastuh selamba dia cakap.. dia x sedia lagi.. dia tanak jadi paksaan dalam pakai tudung sbab kalau di paksa dia tanak mcm da pkai tudung buka balik.. da free hair pkai tudung lagi.. lau pkai tudung pkaila terus.. so, sbb tuh la aku hormati dia, dia x hipokrit..


LELAKI B &C : terdiam =.=


so, kesimpulannya.. lelaki x boleh nak judge wanita pada luaran, x bertudung semestinya x baik, dan yang bertudung x semestinya baik.. ada PRO dan KONTRANYA.. buka main belasah jea.. dlu kita ada pengalaman.. lelaki tuh reject kita sebab  x pakai tudung.. soo bad  =,=


xoxo.


~am i obses?~

happy wednesday all and assalammualaikum..

situasi pertama,
sebelum mandi dan selepas mandi tgk cermin, badan naik ke tak.. pastuh tengok mcm badan da mula naik, mulalah x makan seminggu... T____T

situasi kedua,
baru start nak suap nasi ke dalam mulut, pastuh mula fikir kalau aku makan nasi, msti badan aku naik, trus x jadi makan nasi, makan roti kering cicah susu jea.. T____T


situasi ketiga,
'eh, ko da gemuk la' aiyaa.. mulalah tanak makan nasi, sanggup tidur awal malam supaya x makan..trus tdo jea.. how bad it is T___T


situasi keempat,
bila tgk org kurus jea, terasa diri ini x cantik dan malu dengan mereka.. dalam hati cakap 'gemuknya aku, gemuknya aku'.. mulalah fikiran serabut asyek nak kurus T___T

huu.. aku sangat2 obses nak kurus  ke?

nmpknya semua orang da tdo.. mimpi baik semua. xoxo :)


Monday, December 5, 2011

~erk... bf nak bawa balik kampung??~

haha! msti pelikkan dgn tajuk dekat atas tuh..
eh, assalammualaikum :)
actually i want to share to all of u tips untuk gadis2 mcm mana nk berhadapan dgn parents kekasih kalau diorang bwa kita blik rumah ~
(for gegurl only ya :p)
sebenarnya kita x pyh la nk hipokrit sangat, just be youe self, the important is you all kena pndai jaga diri and respect them.. thats all.. no need la to pretend muslimah ya :)

so, here it is

1.talk about dress ~ "eh, aku nak ikut balik bf aku blik kmpung, apa nak pkai ya.. baju kurung? baju labuh?" ini selalu jadi masalah kaum wanita nak pakai baju apa nak balik jumpa family bf.. in my opinion, tak payah la nak pakai baju kurung sangat, ingat ini hari raya ke apa, cukup la dgn seluar jean dan baju t-shirt, high heels (untuk menampakkan kita matang), i think tuh sudah cukup simple and polite.. kalau nak pkai baju kurung.. serius kamu akan nampk seperti org yang terpaksa.. trust me ! (aku ikut blik kampung aby pun pkai legging dan t shirt ikut badan..haha, jgn tiru mcm saya ok :p)

2.perbualan ~ haa ! perkara ini yang paling kita takutkan apabila parents bf kita ajak kita berbual, msti takut tersalah cakap atau x tahu nak cakap lansung.. wuhuu, take it easy guys! buat mcm kita berbual mcm mak bapak kita sendiri.. kalau ada benda dia tya kita jawab, pastuh kita pun sembang la tanya khabar ke apa ke, kalau kita ni jenis yang x banyak cakap, make sure ask your bf parents dia ni jenis mcm mana, from that kita da ada point nk bersembang, hehe.. x pun belikan oleh2 msti diorang suke ( harituh belikan mama aby rantai mutiara dari sabah.. terus senyum pnjang :p)

ringan2 kan la tangan ~ rajin2 kan la dri anda yang sememangnya rajin mcm aku, eh ! tercakap pulak, haha :p pagi2 kena bangun awal.. bangun la untuk solat subuh pastuh tdola blik, jam 8 or 8.30 pg bangunla balik.. after that, you all kena terus g dapur, kalau tak masak utk sarapan atleast, buat air or cucila piggan mangkuk yang kotor,kemasla rumah.. nak duduk tgk tv boleh tp make sure semua kerja da siap buat, pasti mereka akan senang hati.. kalau tanak masak pun its ok :)

haa ! amacam, senang jea kan :)
mngkin tips ni agak tidak masuk akal kot, nak ikut ke x terpulang.. but this is from my experience.. kita x pyh nak ubah diri kita, kalau kita mcm tuh mcm tuh la cuma like i said before, be yourself.. but berpada2 la, masing2 da besar.. da tau nak fikir mcm mana nak ambe hati mereka, kikiki.. mak mentua sama dengan parents kita sndri, so.. layan mereka mcm layan parents kita sndri ya ! :)

xoxo.






Thursday, December 1, 2011

~10 cara untuk meningkatkan kadar metabolisme ~

wuhuu...
bestkan kalau kita dapat kadar metabolisme kita tinggi, makan apa jea pun takkan gemuk.. even makan ayam ke, makan nasi 4 5 kali sehari kan mmg takkan gemuk... bestnye, bagi yang mmg xdak kadar metabolisma yang tinggi mcm aku jugak.. ada jalan penyelesaiannya.. kiki.. terpulang pada anda nak buat atau tak.. honestly, for the truth.. agak susah kot nak buat..  for me, aku mmg takkan buat... ckup dengan amalan x makan nasi waktu malan :D
So, kawan2... bacalah, semoga boleh di jadikan amalan (gaya muslimah sejati ) :p

1. Bina otot-otot (build Muscle) kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging :Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air :Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan dan sebanyak 8 kali sehari. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air :Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis. (haha.. tp perut akan jadi boroi..hukhuk)


5. Makan lebih kerap :Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam. Maksud snek tuh mcm kerepek pisang, ye kot .. aku agak2 jea.. haa :p

6. Pedaskan masakan: Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein : Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan proteinberbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi :Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. haha.. tp make sure sejukkan, after sejuk.. tutup hidung dan minum trus.. haha ~

9. Minum teh hijau :Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10. Elakkan crash diet :Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

sila amalkan, sekian terima kasih.
xoxo.