DARLINGS

Sunday, March 29, 2015

GST

Assalamualaikum. Hai awak awak. Harini ahad, esok kerja kan. Ok, malasnyaaa. Hee, 2 more days lagi kita akan masuk ke bulan April. Ok, perbualan malam ni agak serius sikit ya, kita nak sembang pasal gst. Hmm, tak tahula. Memandangkan kita ada ig dan we chat ja, tengok tengok post atau moment. Semua sibuk dok meroyan pasal GST. Yang kita pula. Bila di tanya pasal GST, kita boleh tanya balik. Eh, bila start semua tuh ye? Pastuh diorang kata 1 April ni. Pastuh reaksi kita, oooo. Hmm, mesti org sebelah rasa nak sepak terajang kita. Haaa, maafkan i la yeaa. Hihi. Hmm, kita bukan la bermaksud nak cakap yg kita ni tak ambil Peduli isu semasa. Kita peduli la, cuma masa nk ambil intebiu je kot.  Kahkah. Ok, back to basic. To be truth mmg GST ni membebankan rakyat. Sebabnya air mineral pun dikenakan GST, hmm.. Tak patut tak patut. Kena masak air sendirila lepas ni ya awk awk. Hihi. Gst ni ada pro dan kontranya. Memang membebankan tapi kalau dari sudut kontra ni kita kena pk dari penggunaan GST ni la kita dapat bantuan dari kerajaan. Contoh yg paling obvious bantuan brim, bila dah dapat brim bukan main bersyukur lagi cakap terima kasih PM, terima kasih kerajaan, tapi bila gst ni di kuatkuasakan mula la buat mogok bagai. Buat post apa ntah. Eh, apakah. Aku pun penin lalat dah dengan sikap segelintir pihak. Mulalah tadi beratur panjang dekat mall nk beli barang sebab takut dikenakan GST april ni. Hmm, korang ingat barang tuh sampai bila bila tak habis ke? Eh, kita cakap je, jangan terasa tau. Hahaha. Kita pun malas nk cakap panjang lebar, takut melibatkan sensitiviti rakyat kita, tak pasal pasal masuk tv popular tak bertempat. Amboi, bukan kemain lagi kau ni lydia. Hee, baik je kita ikutkan kehendak undang undang di malaysia ni. For me, suda rasa bersyukur dapat tinggal di tempat yg aman damai ni compared dgn sesetengah negara. Atleast GST ni boleh kita berjimat cermat. Kena beli barang yg penting dan perlu. Jangan membazir. Amalam syaitan. Hiks.  Tapi simpati kepada perokok perokok tegar, terpaksa la korang berhenti merokok ya, simpan je duit tuh untuk hantaran meminang. Lagi afdal kan? Kan? Eceh. Ok bye. Hahaha. So, awak awak punya pandangan macam mana pula? Share la dgn kita. Hee, selamat malam dan selamat berkerja.



Friday, March 27, 2015

Kecewa itu pasti.

Assalamualaikum awak awak semua tengah buat apa? Kalau dah tido meh la bangun kejap teman kita. Lepastuh tido la balik. Eh. Kita acah acah je. Hee. Kita tak dapat nak tdo. So kita nak ajak awak semua semua bersembang. Thru blog. Kalau nak balas msg eh balas komen ada kat bawah ye, kita mesti balas. Kecewa? Ya, setiap manusia tak kisah la budak atau org tua atau baby. Eh baby? Hmm. Pasti ada rasa kecewa. Kalau budak i mean budak sekolah mesti pernah kecewa sbb hp kena rampas masa bawa pegi sekolah. And cause of that, tak dapat la dia nk wassup dgn bf atau gf dia atau nak selfie atau nk stalker org kat instagram, facebook and so of it. Haih, begitulah budak budak zaman sekarang. Baby pun even dia tak boleh bercakap tapi dia hati nak kecewa. Kot2 la yea? Haha. Kecewa sebab dia tak dapat kiss dari auntie lydia yg comel ni. Hahahaha. Ok, faine. Merepek di pagi hari. Back on the topic, like me yang dah besar dan beberapa tahun lagi nak menjangkau 30++. Pasti akan ada rasa kecewa atau pun perasaan sedih. Perasaan ni memang normal thing. Yes honestly perempuan selalu kecewa di sebabkan lelaki. And lelaki pula selalu kecewa di sebabkan perempuan. Tapi kalau yg shemale pulak. Tak tahula dia kecewa disebabkan lelaki atau perempuan. Eh, apakah? Hiks. Sometimes kita tak minta pun ada rasa kecewa tuh, dia datang tiba tiba. Dan bila kita dah kecewa macam macam la yang kita buat. Menangis la, kita holiday la tenangkan diri, kita bawa diri and yg paling teruk sekali sampai commit suicide. Eh, jangan begitu dik, nanti kalau kau masuk neraka. Lagi lah kau kecewa kan? Kan? Ya menangis itu perlu, tapi jgn tunjuk kat org, biar kau je tahu. Kalau kau buat post kat mana mana pun dgn caption 'hari ni si dia tak balas msg aku la, aku kecewa la' bla bla bla. Bukan dapat membantu pun, sebaliknya ramai yg baca, ramai yang cakap dalam hati. 'Hmm, tak habis habis dia ni mengadu' haa. Kan malu tuh. Sebaiknya bila kita kecewa kita kita nangis dalam sujud dan sebelum tidur. Esok pagi mesti mata kau lebam macam panda. Masa tuh baru kau sibuk nak letak concealer satu botol. Eh, macam cakap pasal diri kita ja. Hahahaah. Kalau kecewa tak rasa nk jumpa sapa sapa pegi la keluar Window shopping atau pegi lepak minum tempat yg ada wifi. Jadi boleh la kita minum sambil online, tgk youtube ka, almaklumlah kalau depends kat data, tgk youtube baru kejap dah hanta msg kasih syg. 'Penggunaan data telah melebihi 80%' haih. Contoh macam kat starbuck ke, untung untung boleh ketemu kita. Kita boleh jual barang kosmetik terus kat awk. Kahkah. If u feel really bad. Banyak benda nk buat. Dari diri kita je nk buat macam mana hidup ni seronok. Oh i feel really bad bila kita pandai bercakap je tp kita sendiri pun tak mampu. Jangan bersedih sayang. Lapkan air mata mu. Naa ini aku pinjamkan kamu bahu untuk kamu bersandar. Eceh. Hee. Jangan selalu mengharapkan hujan akan turun. Kerana pelangi tidak sabar keluar untuk menerangi dunia anda. Eh, sok sek sok sek ni kita menangis ka apa? Eh bukan. Selsema la *ok, bermonolog sendirian lagi*. Hahaha. Ok. Selamat tidur awk awk. Rajin rajin la usha ig shop kita ok. ladyDfabulous. Muah ciked. Ngee. Daa.



                                               

I'll never be the same anymore



Assalammualaikum awak awak semua. hai, lama tidak ketemu. Menyebabkan gue jadi kangen sama kamu. ahhh, tiba tiba dah terjadi Indonesia, Dah kenapa? hehe. ok, serius. yaa,to be truth lama sangat tak berblog. ntah kenapa. a lot of problem happen to me. and that time kita muhasabah diri. and sekarang Alhamdulillah, even still ada problem i still can handle myself. dari muhasabah diri tuh and kita decided to berhijab. Alhamdulillah, berhijab bagi kita ketenangan. takde dah rambut kaler kaler yang kepuk kepuk tuh. eceh. Oh ya, Kita ada jual shampoo labourse, alaaa. yang bagi rambut kita kepuk kepuk ni la. hihi. kita jual murah murah jaa. *iklan jap*. lepas ni kita rajin la nk berblogging sebab kita baru mula nak berniaga. Which is berniaga secara online. kita jual macam orang lain juallah macam barang2 kosmetik, tapi kita yang pastikan harga barang kita lagi murah berbanding instagram lain sebab kita niat bukan nak cari untung, kita suka sangat bercantik, so kita nak share kat semua orang yang awak awak semua pun boleh cantik dengan make up. *eceh, nampak sangat ko bukan natural cantik*.  *Eh, apedah aku kisah* nampaknya aku bermonolog sendirian. hahahahaha, awak awak boleh la cuci mata kat ig shop kita. baru lagi kita buat. tapi tolong SUOOPRT k? kita janji akan support awak semua balik. ni IG kita https://instagram.com/ladydfabulous/. Semoga Allah murahkan rezeki kalian sebab sudi follow kita dalam IG. eh, lebih2 pulak. So, anything kita akan hupdate kat blog ni.

Naa, belanja Selfie. Yea, kita tahu la kita bukan natural beauty. ini semua make up. tapi kita rasa cantik jeee. hehe. saya jual, saya pakai, awak2 semua bila lagi? hihihi.