DARLINGS

Wednesday, March 28, 2012

reviwe product: maybelline clear smooth all in one shine free cake powder


BENEFIT:
All day shine control
Uv protection
fairer skin
Conceal
Long wear
Smoothes
Evens
Non Comedogenic
Gentle skin

IN NUDE BEIGE

Oh. This is my fav! very smooth la.. tripple ohsem. love it.
harga dalam RM 19.90 bli kat watson or guardian.
try la.. x rugi and repurchase !

 





























 

kau ingat kau bagus ke?

Assalammualaikum.
Eh. Kita suka sangat kerja tp bila semua kerja kita tak dihargai..
kita da penat buat kerja tapi orang lain yang dihargai..
Dia juga la yang dapat nama biarpun kerja tuh sama-sama buat..
biarpun kita yang buat kerja tuh bos tetap akan nampk dia yang buat kerja..
this is totally not ohsem :(
Dia ingat dia bagus sangat ke buat kerja?

kita minta maaflah.
kita x berniat nak mengadu kat blog ni..
tapi kita rasa sakit hati sangat! sakit hati yang tiada penawarnya. oh.
dia bru je masuk tapi masuk masuk  dia terus nak cucuk cucuk bos dan tunjukkan yang sangat pndai buat kerja dan semua kerja dia yang buat.
higgakan bagi bos kita dah tak penting.
Kita x kisah sebab tiap tiap bulan gaji kita masuk tapi kita rasa x sedap la bila org datang dan tengok kita macam takde kerja nak buat padahal kerja kita semua dirampas oleh dia.

Kita rasa macam kita makan gaji buta. sedihnya bagai ditusuk sembilu. Sob sob T_T

Kita da cukup jaga penampilan bos. Kita buatkan dia minit mesyuarat. Bila bos takde kita ambilkan pesanan untuk dia. Kita remindkan dia meeting. Kita tempahkan bilik mesyuarat bila nak buat mesyuarat. Kita tempahkan dia kenderaan kalau dia ada meeting luar. Kita Buatkan dia surat. Kita sayang bos kita. Tapi kenapa dia tak pernah nampak semua tuh. Kenapa bos nampak dia je yang buat semua kerja. kenapa?

Sebab itula kita tak suka kerja kita. Kita bukan x bersyukur tapi kita memang x sesuai kerja macam ni. Kita tak pndai nak bodek bos. Kita tak pndai nak cucuk dia. Kita ikhlas buat kerja kita. Kita sedih la macam ni :(
semoga DIA sedar dan buat kerja dengan ikhlas.

kita pasrah :'(

Thursday, March 22, 2012

~Lawak di petang hari~

Lawak 1.

Setelah sekian lama berada di perantauan, akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya..
Nenek : 'Rahmat, nenek da tak sekuat dulu, nenek minta kamu sambung usahakan ladang nenek...'

Rahmat : 'Jangan la cakap macamtuh nek...'(dalam hati tak sia-sia aku balik kampung, dapat pula merasa harta pusaka nenek)

Nenek : 'Segala ternakan, ladang, villa, traktor.. semuanya untuk kamu. Tolong jaga baik2 ya, siram baik2 tanamana nenek tuh !...'

Rahmat : 'Baik nek,nenek jangan bimbant tentang hal tuh, tapi dekat mana ladang nenek tuh? selama ni Rahmat x pernah tau pun nenek ada ladang?

Nenek : ' Di Facebook nenek, Farmville.. nanti nenek bagi  tau passwordnya...

Rahmat : (Dalam hati...**&%%%#@)



Lawak 2

Suatu hari Pak Pandir pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari-cari, Pak Pandir terjumpa sebuah cermin. Cermin itu kemudiannya di simpan tanpa pengetahuan isterinya.
Setiap hari sebelum keluar mencari makanan, Pak Pandir akan masuk ke bilik untuk meliaht cerminnya. Sehinggalah pada suatu hari, c Mak Andih pelik melihat kelakuan pak pandir. Maka Mak Andi siasat la bilik yang dimasuki oleh Pak Pandir oleh kerana takut kalau suaminya mempunyai perempuan lain.
Opocot!  Punya lah terkejut beruk Mak Andih sebaik ternamapak cermin suaminya. Pertama kali melihat cermin, mak andih menyangka yang perempuan dalam cermin itu adalah perempuan simpanan kepada Pak Pandir.
Apalagi, meraung2 la Mak Andih, Lantas perkhabaran itu dikhabarkan kepada ibu Mak Andih iaitu Tok Andih.
Jemgx2, Tok Andih pun masuk kebilik untuk melihat perempuan simpanan Pak Pamdir seperti yang di khabarkan Mak Andih.
Tidak lama kemudian, Tok Andih pun keluar dengan disusuli ketawa terbahak2..


Mak Andih : 'Apesal plak mak ketawa?'

Tok Andih : 'Apa teruk bebenor selera suami engkau tuh. Kalau yepun nak kahwin lain, carilah perempuan yang elok sikit. Ini tak, Aku tengok perempuan tuh dah la tua, berkerepot plak tuh..'

Padahal Tok Andih melihat diri dia sendiri depan cermin tuh.. heh :p

Lawak 3

Edi baru sahaja berkahwin dengan Mila.
Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat dalam bilik selepas keletihan mengemas rumah, dan segala macam benda lagi.
Sambil berehat di dalam bilik, mereka memakan burger yang di pesab daripada Mc Donald.
Emak Edi yang sememangnya suka menyibuk memasang telinga dari pintu bilik Edy dan Mila.

Mila : 'Bang.. da dipicit2 ni.. tak keluar pun'

Edy : 'Lambat sangat la tuh nak kuar, lubangnya kecik sangat'

Mila : 'Alah, lambatnya.. x sabar la ni bang,saya potong jea la hujungnya, bagi besar sikit lubang sikit.. boleh ke bang?'

Tiba-tiba Mak Rahmat meluru masuk bilik anaknya dan berteriak.....

Mak : jangan!!!! jangan gunting anu anak aku..!!!!


edy dan mila : *&&%%%%$.... npe ni mak? nak potong sos cili paket ni x boleh ke???


ohsem ke x ohsem??
semoga dapat menyegarkan diri anda dari kemengantukan.. ahakss :p


Wednesday, March 21, 2012

~tips membeli kereta terpakai~



 ola!
kadang2 tuh kalau kita pndai cari kita akan dapat kereta secondhand yang nmpk baru dan kualiti amat2 lah ohsem!
so, kat sni aku nak share dengan korang semua tips membeli kereta secondhand. *terlebih excited :p*

1. SEMAK REKOD KENDERAAN
to make sure kereta yang kita nak beli tuh terhindar daripada jenayah make sure kita semak dahulu rekod kenderaan terpakai yang kita nak beli tuh di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar kita tidak terlibat2 dalam apa2 sebarang jenayah.

2. MINTA PANDANGAN YANG LEBIH ARIF
sebelum membeli kereta terpakai tuh, minta pandangan yang lebih arif tentang kereta terpakai seperti mekanik atau kawan2 yang pernah membeli kereta terpakai sebelum ini. Minta mekanik untuk memeriksa bahagian dalaman kereta yang hendak dibeli bagi memastikan kita tidak menanggung kerugian besar kerana ketidaksempurnaan pembaikannya. Totally not ohsem =.='

3. SELIDIK PENJUAL/AGEN YANG MENJUAL KERETA TERPAKAI
Sesetengan penjual yamg mata duitan ataupun yang bermulut manis akan cuba mengaburi mata membeli untuk menjual kereta terpalai yang rosak tanpa kamu sedari. Jika kamu membeli daripada daripada ejen, periksa pengedarannya dengan pihak yang bertanggungjawab seperti biro perniagaan. Tapi, jika membeli daripada si pemilik kereta itu sendiri, pastikan butir peribadinya seiring dengan maklumat yang terdapat pada geran kenderaan tersebut.

4. SELIDIK KONDISI KERETA TERPAKAI ITU
Dalam proses jual beli, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan kecantikan luar kereta itu. Sebaliknya siasat dahulu latar belakang kenderaan itu sama ada pernah terlibat dengan kemalangan sebelum ini. Jika anda dapati pernah mengalami kemalangan, dapatkan butiran tahap kerosakan beserta rekod penyelanggaraan  juga agar dapat membandingkan kecekapan kenderaan tersebut dengan harga yang ditawarkan.

5. KESAN SEBARANG CELA
Pastikan kereta terpakai yang hendak dibeli diselenggarakan dengan lebih baik termsuklah memastikan kesepadanan nombor  VIN (VEHICLE IDENTIFICATION NUMBER) pada nama kenderaan, dashboard, panel pintu pemandu dan hud kenderaan.
Teliti sebarang ketidaksepadanan  lapisan cat pada bahagian luar dan dalam kenderaan seperti pada bahagian pntu.
Pastikan nombor yang tertera pada casis dan enjin sama dengan nombor pada dokumen  kereta asal termasuklah nombor pendaftaran sekali.

Ohsem ke x ohsem ??
semoga ianya sangat berguna kepada anda ! :)

Monday, March 5, 2012

~resipi: maggy goreng simple~


 ola!
da bosan asyik makan maggy jea?
x pyh bli mee sedap goreng tuh kalau nak makan mee goreng..
maggi kari tuh pun korang boleh goreng jgak..
nyum2 sedap tau :)
apa yang korang perlukan ialah.. cepat2 ambil kertas dan pen.. jot down okayy.. hehe :p

maggi kari/asam laksa/tom ya
bawang putih
bawang merah
telur
sosej
sayur kobis atau apa2 jea sayur yang bersesuaian
seasoning (optional)
sos tiram (optional)

cara2nya :
rebus maggi dan toskan. lepas rebus tuh cuci dengan air paip supaya maggi tuh x melekat bila di goreng. tepikan.
tumis bawang merah den bawang putih
masukkan sosej,telur, sayur, sedikit seasoning, sedikit sos tiram
masukkan maggi yang telah dierbus td
dan akhir sekali masukkan perencah maggi yang  disertakan sekali bersama maggy tuh.
so, siap ! 

selamat mencuba, pasti suami akan tersenyum bahagia, tp kalau x kahwin lagi.. makan la sorang sambil menitis air mata. eh =.=".